Find us on Facebook

Laksa Sarawak

Assalamualaikum.. korang pernah makan laksa sarawak tak? Orang sarawak mesti tahu macam mana nak masak.. Fiza tak pernah makan tetapi Fiza cuba buat untuk pertama kali... Pes sambal laksa Sarawak diimport dari sana.. >_< 
Bahan-bahan
  • 1 pek pes laksa Sarawak (guna setengah untuk 4 orang makan)
  • 1/2 bungkus mee laksa penang / bihun pun boleh
  • udang basah
  • fish cake
  • 1 kotak santan (ikut pekat)
  • 2 biji telur ayam
  • Garam, gula & msg secukup rasa
Bahan tambahan
  • Limau kasturi 
  • Sambal belacan
  • Daun ketumbar
  • Taugeh
  • Cili padi (ikut pedas)
Cara-cara
  1. Masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya periuk.. nisbah pes dan air 1: 6.
  2. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  3. Masukkan  garam, gula & msg. Biar mendidih seketika. 
  4. Sementara itu celurkan laksa, rebus telur dan buat sambal belacan.
  5. Masukkan udang dan fish cake dalam kuah yang mendidih.
  6. Kalau ada taugeh dan daun ketumbar, masukkan ketika hendak hidang.
  7. Siap...
Pes Sambal Laksa Sarawak
Simple dan senang.. rasa seperti makan mee kari.. tetapi memang sedap dan penuh berempah.. Korang pernah makan tak.. Fiza pun tak tahu rasa sebenar dia macam mana.. lepas nie nak try laksa sarawak yang sebenar.. agak2 nak kene ke Sarawak ke? hehe...

Post a Comment

17 Comments

  1. tak pernah lagi cuba laksa sarawak ni.tapi nampak macam sedap..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum fiza. wahh nak rasa masakan fiza. terliur sheila tengok warna kuah laksa Sarawak ni ~~~

    ReplyDelete
  3. errmmm.. awok laksa ni mmg peberet.... tapi laksa Sarawak tak pernah try lagi... nampak macam kuah kari je... ermm... nak kena cari ni... nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. mcm janji lah plk fiza..cik buat entry resipi gak hari nie..hihik

    ReplyDelete
  5. fiza bole tolong masakkan tak...pastu hantar sekali yer..haha..

    ReplyDelete
  6. lapar la nampak laksa fiza ehehe...selalu gak makan kat cne

    ReplyDelete
  7. Nnti nak pegi sarawak. Nak makan laksaaa. Yummy~

    ReplyDelete
  8. belum pernah makan lagi laksa sarawak, nampak sedap. nanti nak try buat lah :)

    ReplyDelete
  9. pernah makan sekali ja. boleh tahan rasa nya :)

    ReplyDelete
  10. mama kurang sikit laksa ni fiza...

    ReplyDelete
  11. tak pernah rasa . owh , ada pes khas rupanya ...

    ReplyDelete
  12. Macam best je fiza...ada rupa mee kari jugakkan..

    ReplyDelete
  13. Tak pernah makan lagi. Selalu makan laksa Johor je.

    ReplyDelete
  14. nampak sedap tu fiza.. rasanya akak tak pernah lagi makan laksa sarawak..

    ReplyDelete
  15. siap dengan pes.. bagus2.. heheh

    ReplyDelete
  16. Lain warna kuah nye,x pernah makan.
    Opkos la kena g sarawak fiza..x kan nak pos je..x bole la..hehee

    ReplyDelete
  17. Alamak... bliurr pula zara nengok.. nyummy ! Xpena mkn laksa swak lagi.. ~~

    ReplyDelete