Find us on Facebook

Pengalaman menjadi Pegawai Kadet PALAPES Universiti Malaya

Assalamualaikum. Di kesempatan ini Fiza juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Tentera Darat yang ke 81 pada 1 Mac 2014 buat semua anggota tentera darat di seluruh Malaysia.

Kalau dimbas kembali masa zaman kadet dulu tahun 2004 hingga 2007, semua kenangan semasa menyertai PALAPES UM memang tidak pernah Fiza lupakan. Pasti ada pembaca yang tidak mengetahui maksud PALAPES tu kan, ia bermaksud Pasukan Latihan Pegawai Simpanan.

Masa Fiza belajar di Universiti Malaya, Fiza telah menyertai PALAPES Intake 26 sebagai mengisi kokurikulum waktu belajar di UM. Latihan sebagai kadet bukan mudah terutama bagi perempuan. Latihan pula pada hari minggu, memang tiada masa untuk outing bersama-sama kawan macam budak U lain. Hidup kami weekdays kuliah, weekend latihan PALAPES. Cuti Semester pula akan diisi dengan Annual Camp, masuk hutan, keluar hutan bahasa mudahnya.

Kami berpakaian loreng askar

Pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Itu memang paling berharga buat Fiza. Muka hitam legam. tak yah cakap la, memang tak comel langsung. Tapi jodoh tetap ada sebab Mr. Hubby juga daripada PALAPES UM. Walaupun kami lain-lain fakulti, tetapi kami ditemukan semasa latihan PALAPES.


Semasa Pentauliahan Senior di Uitm 

Sebahagian kadet wanita

Aktiviti berakit di Sg. Pahang

Bergambar di kaki Gunung Senyum  

Camouflage muka, masa ini buat persembahan TTS (Tempur Tanpa Senjata) 

Mandi manda lepas aktiviti Compas Matching di Sg. Congkak Hulu Langat  

Ekspedisi mendaki Gunung Ledang

Pra Mess Night, Makan Beradab di Palace Of The Golden Horses Hotel
bersama Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Muda Perak 

Kami ditauliahkan pada Jun 2007 oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin, 
Yang di-Pertuan Agong ke-13
di Uitm, Shah Alam.

Fiza dan Faizul, suami Fiza sekarang
 Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda

Bila kami bercerita dan mengimbas kembali zaman kadet sehingga ditauliahkan, ramai yang tanya kenapa tidak teruskan dengan kerjaya sebagai pegawai Tentera. Dapat pangkat Leftenan Muda, bukan senang, kena belasah sampai tak tidur malam. 

Hari Isnin kalau ada kuliah, kalau mental tidak kuat alamatnya boleh terlelap. Tapi tidak pernah cuma mamai-mamai adalah. Kalau ada homework, tutorial yang hendak dihantar pada hari Isnin, memang berlarilah cari kawan-kawan kuliah hendak buat rujukan dan kadang-kadang tiru terus jawapan. Aduh, adik-adik jangan jangan tiru perangai akak yer.  Boleh kata memang tidak tidur malam lah jawabnya nak siapkan tugasan.

Jawapannya, Fiza rasa cukuplah latihan 3 tahun yang Fiza terima semasa menjadi kadet Fiza rasa dah tak mampu kot dan cukuplah 3 tahun yang Fiza telah lalui. Sewaktu habis pentaulihan, memang niat tidak mahu lagi teruskan. Cukuplah pengalaman berharga yang ada. Ada jugak kawan-kawan kami yang join askar terus, kursus dan terus berpangkat Kapten.

Fiza dan Mr. Hubby
Daripada menjadi buddy dalam kubu, sekarang sudah menjadi buddy yang sah.
Alhamdulillah.

Cukup setakat ini dulu Fiza ceritakan pengalaman menjadi kadet. Kalau hendak cerita semua memang panjang. Nanti ada masa Fiza kongsikan lagi.

Wassalam.

Post a Comment

15 Comments

  1. eipp eipp hahaha.
    Qila ingat siapa tadi hihihi time muda gitu :p
    nasibaik dgn mr. hubby kak fiza hihihik :p

    ReplyDelete
  2. Macam seronok je tengok orang-orang join benda macam ni.

    Cantiknya kimono :D

    Kawan saya pun join PALAPES ni tapi dia budak UKM. Dia sangat bersemangat bila bercerita pasal latihan PALAPES ni.

    ReplyDelete
  3. Tak sangka fiza yang dulu ada pengalaman dalam askar2 ni. Hebat! ;)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ...
    Salam Ukhwah Fillah ...
    Kak Lya BW Sambil FOLLOW Sini ..

    ReplyDelete
  5. ooo.. maknanya cik fiza ni senior saya lah ye... mwehehehe...

    ReplyDelete
  6. ala sweet momory ^_^ sweet couple

    ReplyDelete
  7. rindu nak join aktiviti2 camni.. :)

    ReplyDelete
  8. kat uni anne pun ada palapes.. memang teruk jugak latihan diorang.. sabtu ahad kawad time tengah hari panas.. kalau anne memang tak tahan la.. hehe..

    ReplyDelete
  9. segak nampak bila fiza pakai uniform tu.. :D

    ReplyDelete
  10. Sygnya fiza tak teruskan kerjaya dalam tentera.. nmpk comel jer fiza dalam uniform tue.. =D

    ReplyDelete
  11. Comel sis pakai bju jepun tuu.. haha. Zara on9 pkai npon ni.. xdpt tgk cr muka sis dalam tiap2 pict.tu... kcuali 2gmbr trakhir tu laa.. hahaha

    ReplyDelete
  12. aktif sungguh fiza ni ye..pengalaman tu yang pentingkan..

    ReplyDelete
  13. SAYALAH CI AWAK DULU..HIHIHIHII... BERSAMA kAPT RAHIM

    ReplyDelete