Find us on Facebook

Cara hilangkan sedu

Assalamualaikum dan salam Jumaat.. mukaddimah tak de.. cume nak mintak tolong jer.. Fiza sedu nie.. tolong.. tolong... dah hampir 15 minit duk sedu jer.. nak buat keje dan nak bercakap pun susah nie.. duk google2 cari punca sedu dan cara nak hilangkan sedu nie.. 


Antara punca-punca yang dapat dikenalpasti berlakunya sedu ialah:
  • Menelan terlalu banyak udara ( mungkin la kot duk tepi air cond nie)
  • Ketawa yang melampau (pagi2 dah ngadap bos.. mana nak ketawa nye)
  • Makan secara lahap ( tak breakfast lagi)
  • Berasa bimbang (setakat nie emosi Fiza stabil)
  • Rasa Teruja yang teramat (????)
  • Merokok ( memang tak la..)
  • Mengambil alkohol secara berlebihan ( uish.. nie lagi la out)
Tips menghilangkan sedu yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:

1. Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan anda bersandar atau baring
-Ini adalah cara yang paling mujarab. Tujuannya adalah supaya kita berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.

2. Urut bahagian atas atau belakang langit – langit mulut
-Cara ini mungkin nampak agak pelik sikit tetapi ianya membantu juga. Hal ini kerana dengan mengurut di bahagian langit – langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak-balas pada diafram. Gunakan kapas cotton – tipped applicator.

3. Minum segelas air sejuk dengan segera
Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Sama sahaja dengan kaedah di atas, fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.

4. Bernafas di dalam beg plastik dalam tempoh 2 ke 3 minit
Kaedah ini bertujuan agar kita dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan. Tapi anda tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental pula.. (orang yang lelah secara tiba-tiba juga boleh guna teknik ini)

5. Bersendawa
Dengan bersendawa, ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas seperti 100 plus, pepsi dan sebagainya mampu menyebabkan anda bersendawa seketika.

Nak try buat yang mana boleh.. susah-susah nanti Fiza tampal tisu basah je kat dahi.. hehe.. kompom nampak comel jer nanti.. haha.... 
Salam Jumaat semua... >_<

Post a Comment

14 Comments

  1. kalau budak sedu tu,nak besar kan..hihi..
    tapi bagus jugak tips nie fiza..kalau sedu boleh try kekdah nie..

    ReplyDelete
  2. dah lama tka kena sedu ni... hu hu hu, apa2 pun nice sharing...

    ReplyDelete
  3. naniey selalu buat y no.3 ..klik INTI..INTI..DOWNY

    ReplyDelete
  4. hihi..selalu nana minum air je.....kalau baby2,basahkan tisu,letak kat dahi sekejap je elok kan sis:)

    ReplyDelete
  5. lya dah lama tak merasa sedu :D..

    ReplyDelete
  6. fiza try one by one pun boleh...tgk mne yg berkesan :)

    ReplyDelete
  7. Hehe...
    memang comey le kalau tampal tisu basah kat kepala... cam baby...
    Salam Jumaat, Fiza :)

    ReplyDelete
  8. thnx sharing fiza- tetiba jerk sedu ..haha =D

    ReplyDelete
  9. Sebuah perkongsian yang bagus... Terima kasih

    ReplyDelete
  10. tag akak :)

    http://edaeri.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    ReplyDelete
  11. selalunya baby yg byk sedu . semoga cara yg fiza cuba berhasil ...

    ReplyDelete
  12. selalunya minum air dah okay dah.. :)

    ReplyDelete
  13. memang nampak sangat comel..hehee
    thanks share akak ^_^
    boleh la miza guna tips akak bagi ni nanti kalau sedu..hehee

    ReplyDelete
  14. waaah ! zara bru tauu.. rupa nya nak elak sedu byk tips.. yg zara slalu amalkn kalo tym sedu cuma minum air tuu jaa.. tp xslalu bksesan.. huhu. terima aksih sahre tauu.. pasni kalo sedu, bleh laa zara try tips yg lain tuu ! weweee ! =D

    ReplyDelete