Populasi di negara ini mengalami proses penuaan dengan jangka hayat wanita melebihi lelaki iaitu purata umur sekitar 79 tahun. Meskipun jangka hayat golongan berkenaan tinggi, kualiti hidup pula tidak memuaskan termasuk berdepan dengan masalah pengurangan jisim tulang yang agak tinggi.
Wanita juga menghabiskan sisa hidup dengan mempunyai jisim tulang yang rendah dan boleh membawa kepada keadaan osteoporosis atau tulang rapuh. Ini menambah lagi risiko tulang patah dan mengurangkan pergerakan seseorang.
tempe goreng sambal (google image)
Melihat kepada senario dialami golongan itu, penyelidik daripada Program Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkaji mengenai penyerapan kalsium menggunakan isotop stabil.
Kajian ini diketuai Timbalan Dekan FSK, Prof Dr Suzana Shahar daripada Program Dietetik manakala penyelidik bersama kajian ini adalah Prof Madya Dr Hasnah Haron, yang juga Pensyarah Kanan daripada Program Pemakanan menjalankan kajian ini sebagai kajian doktor falsafah (PhD).
Tajuk kajian yang dijalankan adalah Penyerapan Kalsium Di Kalangan Wanita Melayu Menopaus Yang Mengambil Tempe Berbanding Susu Menggunakan Kaedah Isotop Stabil.
- Kajian mendapati tempe daripada kacang soya mempunyai jumlah penyerapan kalsium yang tinggi setanding susu.
- Tempe juga mengandungi isoflavon iaitu sejenis antioksidan yang mampu memerangi kerosakan sel, mengurangkan simptom menopaus serta meningkatkan jisim tulang khusus kepada golongan wanita.
- Isoflavon memberi banyak manfaat untuk wanita dan boleh mencegah risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan mengurangkan gejala ‘hot flushes’ (panas badan yang disebabkan perubahan hormon dalam kalangan wanita yang mengalami menopaus).
- Hasil kajian menunjukkan empat hidangan tempe akan memberikan kalsium yang setara dengan secawan susu.
Untuk lebih maklumat lebih pembacaan.. Korang boleh baca kat sini Sumber.
tempe mentah (google image)
tempe goreng cicah sambal (google image)
Fiza peminat tempe tegar.. hari-hari menu mesti ada tempe.. memang tak jemu.. Tempe memang terkenal dalam kalangan masyarakat berketurunan Jawa.. tetapi Fiza bukan orang jawa tau... tapi suka makan tempe.. kerepek tempe.. kalau dapat kat Fiza, kejap je habis...
p/s : Breakfast Fiza hari nie, nasi lemak bersama sambal tempe.. kenyang sampai sekarang.. Alhamdullillah...
28 Comments
salam. my favorite heee
ReplyDeletemenabung lectacyd :)
tempe goreng sambal,campur dengan kacang tanah dengan ikan bilis = perghh!!! sedapnya kak fiza!!
ReplyDeletetempe is my favourite...he he he...
ReplyDeleteTempe? Sedapnyee! Tempe murah dan byk khasiat. Mohon jgn naikkan hrga tempe. Miahahaha.. XD
ReplyDeletehai fiza. liya pon suka tempe .. sangat2.. ^_^
ReplyDeletesambal tempe ikan blis..best..:)
ReplyDeleteSedapnyaaa tempe cicah kicap tu. :D
ReplyDeleteteringin nk makan tempe.. tp x minat.. acanerr tu
ReplyDeleteSally makan tempe tak pandang org dah...tempe ni semuaaa Anaaa yg punya~
ReplyDeleteTempeee.. goreng pun sodapp...! :D
ReplyDeleteCecah sambal kicap memang malatop..!
dik an suka gilos makan tempe ni hehe...sedapp kan !
ReplyDeletetempe dengan sambal kicap tu.... feveret sangatttt..... makan tu je dengan nasik panas dah feeling habis dah....
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletesedapnya tempeh goreng..cecah kicap pun sedap..hehhe
mselim3
Sedap tempe, Shakira pun suka.. baby dalam ni pun suka.. alhamdulillah :)
ReplyDeleteZumal nie peminat setia tempe tau... Kalau khasiat dia camtu boleh la makan tempe banyak2 :))
ReplyDeletenaniey pon br berjinak2 makan tempe..hehe
ReplyDeletemama suka makan tempe ni.. goreng pun sodap..
ReplyDeletesaya tempe ni kureng sikit.. heee
ReplyDeletemiza pun sama gak kak fiza^_^
ReplyDeletetempe memang sedap sgt laaah..hehe
Singgah pagi di sini..tempe & ikan bilis tu best Fiza..kita suka makan...
ReplyDeleteKlik whisper untuk Fiza..
Saya tak suka tempe. Bagi saya, tak sedap. hehe.
ReplyDeletetempe2..sedapnya....
ReplyDeletetempe buat sambal goreng sedap....
ReplyDeletetempe memang sedap...baru mlm tadi mkn sambal tempe & ikan bilis ^-^
ReplyDeleteakk pon minat tempe gorasng garing...
ReplyDeleteehhh samala kita fiza..lya pun peminat tegar tempe..sedapnya di goreng
ReplyDeleteHeheehe suka sgt kat tempe tuuu ..Akak kurang sikit makan ..bukan tak suka tak selalu jumpa kat sini..Kureng org mkn kot hehee
ReplyDeletetempe kesukaan k.ena
ReplyDeleteorang jawa kan