Assalamualaikum.. okey untuk entry kedua untuk hari nie, semasa pulang ke kampung, kami kene hantar mak long (mak sedare Mr. Hubby) yang tinggal di sempadan Thailand sambil-sambil tu, Fiza, Mr. Hubby dan adik-adik ipar berpeluang ke Pasar Nat di Buketa, Thailand.
Pasar Nat tu adalah pekan sehari, pasar pagi atau pasar minggu.. tak silap Fiza orang-orang Kedah pun panggil pasar pagi dengan panggilan yang sama.. Kat sini majoriti penjual berbahasa Kelantan, jadi tidak ada masalah nak tawar-menawar.. hehe.. bukan Fiza, tetapi Mr. Hubby.
Barang-barang seperti toto, set cadar, barang-barang peralatan dapur memang banyak kat sini.. Fiza selalunya akan beli set cadar sebab murah, kalau harga asal beratus-ratus, kat sini boleh dapat dengan harga RM 40.00 hingga RM 100.00. Makanan lagi la murah.. semuanya RM 1.00
Rojak Bihun.. pertama kali makan, sedap sangat.. harga RM 1.00
Lompat tikam, RM 1.00
Setakat nie dulu story Fiza.. Nak buat sesi BW pulak sebab minggu nie terasa aktiviti BW Fiza tersangatlah slow.. bagi korang semua, terima kasih kerana sudi baca dan selamat berhujung minggu..
p/s : Petang nie Fiza tak pergi memanah sebab hujan lebat.. dan 2 minggu kot tak memanah nie.. mesti skill dah lari.. hehe.. >_<
19 Comments
Tertarik tengok rojak bihun tu...macam sedap je hehe..
ReplyDeletewah..bestnya..ida smpai sempadan je..lum msuk smpai thailand lgi..memang murah toto..oda beli rm35 je
ReplyDeleteMurahnya rojak bihun tu! :D
ReplyDeletekak fizaaaaaa. murahnyeee xD makanan pun sehenggek jee. ish ishh. puas makann cenii :D
ReplyDeleteAs salam, abe kie blom pernah gi ke Buketa. Hanya sampai ke pekan Mundok aje.
ReplyDeleteP.S. Harap maaf. Fiza telah ditag untuk segmen The Liebster Award. Sila baca entri terbaharu blog Abe Kie untuk keterangan lanjut. Terima kasih diatas kerjasama fiza, ye?
Assalammualaikum..
ReplyDeletebest nyer jalan2 kat sini kan.. harga makanan dan barangannya murah2... yer.
mselim3
Salam hujung minggu Fiza..Sedap durian tu...
ReplyDeleteDarlie & Ribena for fiza...
RM1.00 jer makanan tu? Murah betul. Kat Perlis pun dorang sebut pasar sebagai nat...
ReplyDeletekat sana maish murah kan fiza..adoyaiie..terbeliak biji mata tengok barangan yang dijual disana..
ReplyDeletewaaaa.. mesti murah2 barang kat sana kan.. teringin nak pegi sana..
ReplyDeletemenariknya .. murah betul ye, salam kenal dari saya, sam.. :)
ReplyDeletealamakkkkkk murah giler barang kat sana! rojak bihun RM1??? lompat tikam RM1??? marbelessss!
ReplyDeletebetul murah tu fiza ... selamat berhujung minggu .
ReplyDeleteMmg best shooping tmpat2 cmnie kan..murah2 belake...makanan tu mmg murah sgt la..nmpak sdap! ^-^
ReplyDeletewahh murahnya makanan kat sana..
ReplyDeleteboleh makan macam2.. hehehe..
murah btol~!!! semoga ada kesempatan nak ke sana
ReplyDeleteseronok nya.. even kejap dpt jugak jejak kaki kat sna.. =D
ReplyDeleteMurahnya fiza..mana nk dpt lagi beli makanan dengan harga RM1 lagi skrg nie... =D
ReplyDeletemakanan semua rm1? kalau mcm ni sehari boleh makan 30 kali.. hahaha
ReplyDelete