Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Hari ini Fiza nak kongsikan khasiat 8 makanan Sunnah Nabi dan di antara yang terbaik di dunia.
1) Khasiat KURMA (PHOENIX DACTYLIFERA)
Cepat diserap oleh badan. Memberikan tenaga segera kepada badan. Baik untuk wanita mengandung dan bersalin. Mengandungi pottasium dan zat besi. Juga sebagai penguat memori.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.”
2) Khasiat HABBATUS SAUDA’ (NIGELLA SATIVA)
Menguatkan sistem imunisasi badan. Menurunkan kadar gula dalam darah. Menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah. Mnecegah kanser.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut).” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
3) Khasiat ZA’FARAN / SAFFRON (CROCUS SATIVUS)
Membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, mencerdaskan minda, melancarkan pengaliran darah, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan keletihan, menambahkan selera makan kana-kanak.
Dalam kitab Tibbul Imama A'li, Saidina Ali (k.w) menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal (madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
4) Khasiat BUAH DELIMA (PUNICA GRANATUM)
Anti oksidan,melindungi jantung, menurunkan kadar kolestrol, memperlambatkan penyakit Alzheimer, bagus untuk wanita mengandung untuk memperoleh anak yang cerdas.
"Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.”(Surah Ar-Rahman:68)
5) Khasiat KISMIS (VITUS VINIFERA)
Mengandungi zat besi, potassium, magnesium, kalsium serta vitamin B1,B2, dan B6. Sangat bagus unutk pelajar. Melindungi hati dan memulihkan keletihan saraf.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian."
Nabi Muhammad SAW juga bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”
6) Khasiat BUAH TIN (FICUS CARICA)
Mengandungi kalium, kalsium, Omega 3 dan Omega 6. Mencegah amnesia dan mengurangkan risiko kanser payudara. Penawar kepada penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta merawat batuk yang berpanjangan, selain bermanfaat untuk mengubati sembelit, bermanfaat untuk hati dan limpa.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah kamu semua dan makan darinya (buah Tin),” Sabda Nabi SAW lagi: “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata "inilah buahnya". Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."
7) Khasiat MADU LEBAH
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas. Membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Khasiat madu lebah juga berupaya mengubati sakit perut, gastrik, resdung, sakit kepala, sakit pinggang, sakit sendi, alahan, asma, darah tinggi, menghilangkan kahak, serta menguatkan badan bagi golongan yang berumur.
Allah SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.
FirmanNya:
"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala buah-buahan serta turutlah jalan-jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang macam-macam warnanya, di dalamnya mengandungi ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah An-Nahl: 68~69)
8) Khasiat ZAITUN (OLEA EUROPAEA)
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. Mencegah kanser dan serangan jantung. Mengandungi Vitamin E. Buahnya yang pahit juga dapat membaikpulih perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit, meneutralkan racun serta melambatkan tumbuhnya uban.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat.”
sumber
Berusahalah kita untuk mencari makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. Bila badan sihat, maka senanglah kita hendak beribadat dan mencari rezeki dan meneruskan hidup di muka bumi ini.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
17 Comments
mari kita sama-sama amalkan makanan sihat ni... sunnah nabi lagi pulak tu
ReplyDeleteInfo menarik. Saya paling suka makan buah tin :)
ReplyDeletehttp://stylosport.blogspot.com/
http://bulat-mata.blogspot.com/
Makanan sunnah..penawar 1001 penyakit.. saya selalu ambil kurma, madu dan delima je..habbatus sauda tu jarang2..
ReplyDeletethanks for sharing dear..memang bagus makanan sunnah nabi ni, banyak khasiat.
ReplyDeleteSalam Jumaat Fiza...
ReplyDeleteKalau ikutkan, makanan sunnah nabi ni lebih banyak kebaikan dan khasiatnya... kalau yang biasa kita makan mungkin kismis, buah delima dan kurma... :)
good share
ReplyDeletejom amalkan sunnah :)
ReplyDeleteZumal dah pernah makan semua makanan sunah. Hehe nice sharing Fiza :))
ReplyDeletesuka madu..manis..sedap :D
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian kak :)
ReplyDeleteNice sharing sis. Kebnyakkan makanan sunnah bnyak khasiatnya. Semua tuu tiey suka :) hihi
ReplyDeleteterima kasih berkongsi ^_^
ReplyDeletePaling suka dgn kurma...habbatus sauda tu macam pernah try je..
ReplyDeletei like kurma! kenyang :D
ReplyDeletemakanan sunnah jugak yang paling baik dari segalanya. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteJom sama2 kita amalkan makanan sunnah ..
ReplyDelete