Find us on Facebook

Berkelah di Santuari Ikan Sg. Chiling, Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum.. pada 22 Jun 2014 yang lepas kami ke Sg. Chiling bersama kawan-kawan seperjuangan semasa di Universiti Malaya.. Hampir setahun kami tak berjumpa.. buat gathering kecil-kecilan je kat sini.. Nak kumpul ramai2 pun masing-masing dah ada keluarga besar... tinggallah kami yang keluarga kecil nie.

Mr. Google ~ tak berkesempatan nak jungle tracking sebab bawa Mia.

Info mengenai Sg. Chiling

Sungai Chilling adalah air terjun dan tempat perlindungan ikan di kaki bukit Bukit Fraser, yang terletak selepas Empangan Selangor dari Kuala Kubu Bharu berdekatan Sungai Pertak. Ia merupakan destinasi alam semula jadi yang indah dan menarik ramai pengunjung dari Kuala Lumpur dan mereka yang dalam perjalanan ke Bukit Fraser. 
Diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri, sungai itu diwartakan sebagai taman alam semula jadi dan tempat perlindungan ikan untuk mengekalkan spesies tempatan ikan kelah (hijau 'Kelah'). Akses adalah dengan melalui pintu masuk kecil dengan gerbang di sepanjang jalan  ke Bukit Fraser selepas jambatan keluli. 

Dari pintu masuk, perjalanan yang singkat membawa kepada tapak perkhemahan dan pejabat. Untuk menuju ke air terjun, kita perlu mendaftar dahulu sebelum melalui jambatan gantung menuju ke arah air terjun. Bergantung kepada kelajuan dan kecergasan, masa yang diambil untuk sampai ke air terjun adalah antara 20 dan 45 minit melalui hutan hijau dan lintasan sungai (beberapa kali). 

Taman ini dibuka hanya pada hari Jumaat  dan hujung minggu dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Kemudahan tapak perkhemahan juga turut disediakan.
sumber

Jambatan keluli ke air terjun Sg. Chiling

Kami mandi kat area nie jer.. tapi ikan kelah tetap banyak

Acik Fiza dan Mia.

Gathering dengan member masa study kat UM

Kemudahan surau, tandas dan tapak perkhemahan

Ditutup pada hari Isnin hingga Khamis

Kawan-kawan kami semua naik ke tempat air terjun, Fiza dan Mr. Hubby tunggu kat bawah. jaga makanan dan juga Mia.. kalau dah bawa budak mcm mana nak jungle tracking kan.. tak pe.. Mr. Hubby janji nak bawa Fiza lepas raya nanti.. kalau boleh nak pasang khemah sekali.. bunyi macam nak balas dendam je.. hehe.

Lepas mandi kat atas, kami turun lagi ke bawah.

Tempat mandi di Sg. Chiling bertingkat-tingkat dan kawasan untuk mandi banyak.. kene pandai pilih.. air sungai pula memang sejuk sangat macam mandi ais tapi memang menyegarkan.. 

Apa lagi.. kalau korang berkesempatan, jom ke sini.. lepas bulan puasa tau.. hehe.. >_<

Post a Comment

20 Comments

  1. Tmpt menarik yg blh dikunjungi..cntik

    ReplyDelete
  2. wah macam menarik jer tempat ni...

    ReplyDelete
  3. wahh cantik.. tak pernah pergi ke sini lagi

    ReplyDelete
  4. Mcm best n menarik jek tmpt ni fiza

    ReplyDelete
  5. First time dengar pasal tempat ni. Terima kasih atas perkongsian ni, kak Fiza :)

    ReplyDelete
  6. Macam best jee.. Wuuu~ nak mandi manda situ jugak ! T_T

    ReplyDelete
  7. akak...nnti pm alamat akak eh...nak kasi cenderahati sikit as a top comentor hehe :)

    ReplyDelete
  8. Teringin gak nak pergi... Dulu zumal pernah kursus BTN kat area tu tapi belum tahu tentang santuari ni kalau tahu confirm tak lepaskan peluang :)

    ReplyDelete
  9. terus rasa macam nak mandi sungai jaaa huhuhu

    ReplyDelete
  10. waahhhhh tentu sejuk kan air nyerrrr best nyerrrrrr

    ReplyDelete
  11. I've been there last year. such a nice place to camp and spend time with friends. :)

    ReplyDelete
  12. bestnya dapat mandi manda..hehe

    ReplyDelete
  13. bestnya dapat mandi manda..hehe

    ReplyDelete
  14. Macam menarik je tempat ni... tapi sejak beranak kecik, dah lama x pegi air terjun ... :)

    ReplyDelete
  15. bestnya!!!lama tak mandi sungai.

    ReplyDelete
  16. wow.....bestnya mandi..:DDD cantik tempat ni

    ReplyDelete
  17. dulu kerap pegi KKB tp xsempat pun ke sg.chiling. asyik melepak kt peretak. bestnya. nanti nk pegi juga la

    ReplyDelete