Find us on Facebook

Mengatasi bayi aktif waktu malam

Assalamualaikum.. orang cakap bila dah ada anak tidur tak cukup.. tambah pula bila anak tak nak tidur waktu malam.. itu la yang terjadi pada Fiza sejak 2 minggu nie.. dalam seminggu ada hari yang Baby Thaqif tak nak tidur malam.. kadang2 pukul 4.30 pagi baru tidur, lagi dasyat pukul 5.30 pagi.. tak boleh nak salahkan baby sebab dia kecil lagi.. kita sebagai ibu bapa kena pandai la nak bahagikan waktu tidur masing2.. dan yang paling penting kena bersabar.. 

Fiza kongsikan beberapa perkara yang mungkin boleh lakukan untuk mengubah rutin tidurnya, copy paste dari http://www.babycenter.com.my/
  • Bangunkan dia pada waktu kita biasanya terjaga pada waktu pagi. Jangan biarkan dia bangun lambat untu menggantikan waktu yang dia tidak tidur pada waktu malam. Anda mungkin terdorong untuk membiarkan dia tidur supaya anda sendiri boleh tidur lagi, atau untuk mencuri masa beberapa minit menguruskan diri, tetapi ini akan lebih menyukarkan anda pada waktu malam nanti.
  • Mandikan bayi anda dan pakaikan pakaian siang.
  • Bermainlah dengannya sebanyak mana yang boleh sepanjang hari. Walaupun dia sedang tidur nyenyak, bangunkan dia untuk menyusu mengikut jadual.
  • Buka langsir dalam biliknya dan buatlah kerja-kerja biasa anda. Jangan senyapkan telefon dan jangan cuba mengelak daripada membuka TV. Dengan cara ini, anda dapat melatih anak anda tidur nyenyak dan tidak mudah terjaga apabila terdengar sedikit bunyi.
  • Jangan bermain dengannya pada waktu malam. Tutup lampu dan hanya pasang lampu yang malam atau sedikit sahaja cahaya untuk tujuan menyusukan dan menukar lampin. Anda sendiri haruslah senyap dan bersikap menenangkan. Bergerak dan bercakap perlahan-lahan. Dalam erti kata lain, jadilah sebosan yang boleh.
  • Anda juga boleh mencuba rutin tidur malam yang mudah seperti mandi air suam dan urut, atau tukar kepada pakaian malam.
Bila baca artikel nie baru tersedar waktu malam kami selalunya riuh sebab baru balik kerja, tonton TV.. baby pun mestilah nak join sekali kan.. lepas nie kene ubah rutin sikit supaya mama Thaqif tak tertidur depan PC.. huhu..
Wassalam..

Post a Comment

4 Comments

  1. salam fiza, wahh dah bersalin yer...tahniah... yeayyy ash dah dapat adik... ooo pasal tidur malam dan jadi burung hantu tu, akak dah lalui dah fasa-fasa itu...he he he...selamat mengharunginya dan selamat datang ke dunia ibu yer... nanti ada macam-macam perkara lagi tau....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ni. Anak saya baru genap sebulan. Setakat ni belum aktif lagi, tapi confirm bila dah menganjak usia, dia akan menjadi aktif.

    Terima kasih atas perkongsian ini. :)

    ReplyDelete
  3. sy pun latih ank ikut masa kita.. lagi2 kita ni bekerja.. kalau sy bgun pg.. dia dah bangun.. malam pun tido waktu yg sama kita tido..

    ReplyDelete
  4. Good tips, memg brguna utk masa dpn

    ReplyDelete