Assalamualaikum.. Hari nie berpeluang sikit untuk update kedua dalam tahun baru 2016 nie.. Ingat berazam untuk cuba aktif semula dalam menulis blog nie.. In Syaa Allah..
Sejak pregnant dulu sampai la sekarang, umur Thaqif pun dan 10 bulan, sikit nya Fiza update blog. Memang merudum betul jumlah pengunjung blog Fiza nie.. Nie semua sebab penyakit 'M'..
Haha.. korang teka la penyakit ape tu.. jawapannya MALAS.. hehe..
Bulan Oktober 2015, Fiza telah hantar penyertaan bayi bulan ini untuk bulan Oktober 2015 di website Pa&Ma.. Rezeki Thaqif, pengumaman keluar pada bulan Disember 2015.
Bulan Januari 2016, gambar Thaqif ada dalam Majalah Pa&Ma. Glamour kejap anak mama dan dedi nie.
Thaqif tak tahu apa pun.. semua nie keje mama dia la.. Dia tengok majalah, bukan kenal pun muka dia ada dalam tu.. tahu nak dikoyaknye..
Pemenang Bayi Bulan Oktober 2015
Keputusan Peraduan
Majalah Pa&Ma Januari 2016
Seronok bila gambar Thaqif keluar kat majalah. Bukan apa, ini semua untuk kenangan Thaqif dan Mama. Thaqif pun cepat membesar. Kejap je umur Thaqif dah 10 bulan.
Thaqif pun tak nak dah dipeluk macam baby.. Baru pegang dah mintak nak dilepaskan sebab nak berdiri, nak bermain.
Letak dalam baby walker, abis satu rumah ditawaf.. Belum dapat kaki lagi tu.. Dah dapat berjalan nanti tak tahu la macam mana.
Gigi je tak tumbuh lagi tapi mulut bising.. Orang cakap gigi lambat tumbuh sebab nak bercakap dulu..Tak pe Mama tak kisah sebab Thaqif comel je takde gigi.. hehe.
Thaqif 10 bulan
Wassalam
9 Comments
comel nyer......hihihi
ReplyDeleteSalam singgah petang Fiza....comelnya Thaqif masuk majalah PA&MA....tahniah Thaqif.....
ReplyDeletehaha..rasa macam nak lap je mulut thaqif yg comot tu! gewam
ReplyDeleteLOL.dah ada anak ke.ingat single & available
ReplyDeleteComel je baby Thaqif :D
ReplyDeletecomel sangat la thaqif ni !
ReplyDeleteUntong la..kt anak tekak ngan anak mata jr ada
ReplyDeleteComelnya thaqif.. Semoga membesar jadi anak yang soleh dan sihat..
ReplyDeleteMasa kecik dulu mak kite x ada pon hantarkan kat majalah ni.. Hahaha.. Teringin jugak nak glamour..
ReplyDelete