Assalamualaikum.. sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5 pada 26 Mac 2016 yang lalu, kami sekeluarga telah ke Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bila ada anak kecil, elok cari tempat yang ada kolam renang, sebab nak mandi pantai memang tak sesuai dengan cuaca panas sekarang.
Cari punya cari kat Agoda.com, kami pilih PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centre dengan harga selepas diskaun RM 229.18 bilik Studio Standard untuk satu malam tidak termasuk yuran masuk waterpark.
bertolak dari Rawang jam 10 pagi, tiba jam 1 tgh hari
pejabat untuk check in.. jam 2 baru boleh ambil kunci
kaunter check in
PD Waterpark
Apartment Blok A.
Katil single.. kami cantum jadi double.. hehe
Small pantry
Ruang Tamu.. kalau nak bawa keluarga besar pun berbaloi
Kemudahan meja tulis dan sejadah disediakan
Pemandangan waterpark dari bilik kami.
Petang tu kami turun untuk mandi kat waterpark. Yuran masuk RM 80 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas RM 20 untuk 2 hari.
Pas petang dan pagi esok
Pengalaman pertama Thaqif bermain air kolam.
Sebelum nie berendam kolam depan rumah jer..
Pemandangan 1
Pemandangan 2
Pemandangan 3
Pemandangan 4
Pemandangan 5
Thaqif dan Dedi.. masa nie Thaqif still takut air lagi
Bila dah tak takut air.
Kalau boleh Thaqif nak berenang sendiri tu..
Happy.. memang seronok dan rasa berbaloi..
Untuk korang yang masih tercari2 tempat untuk bawa anak-anak mandi kolam, Fiza cadangkan Primaland nie untuk jadi destinasi pilihan. In Syaa Allah kami bercadang untuk datang lagi dengan famili besar.
Kekurangan Primaland nie cuma sukar untuk dapatkan kedai makan dan kedai runcit. Perlu ke Teluk Kemang yang mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan.
Wassalam.
1 Comments
2 jam bru boleh dpt kunci.. tak dpt lah nk golek2 atas katil kalau dtg dr jauh. nampak best fiza.
ReplyDeleteanak pun dh besar ye :)