Assalamualaikum dan salam Jumaat. Musim durian datang lagi dan kini masa untuk membuat durian crepe. Tujuan untuk mempelbagaikan cara makan durian. Lagipun ini permintaan Mr. Hubby dan kali ketiga Fiza cuba untuk membuat durian crepe. Alhamdulillah kali ini memang agak menjadi dan tidak keberatan untuk Fiza kongsikan resepi durian crepe yang mudah ini.
Bahan-bahan:
2 biji telur
200 ml santan
100 ml air (ikut kepekatan)
1/2 sb garam
1 sk esen vanilla
1 sk pewarna kuning telur
(Inti Crepe)
Whipping cream (beli siap)
Isi durian dilenyek
Whipping cream (beli siap)
Isi durian dilenyek
Cara-caranya:
1. Lenyekkan isi durian
2. Pukul tepung, santan dan air sehingga sebati.
2. Pukul tepung, santan dan air sehingga sebati.
3. Masukkan telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning dan kacau sehingga sebati.
4. Tapiskan sebatian untuk mendapatkan kulit crepe yang halus.
5. Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat kecil.
5. Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat kecil.
6. Tuangkan sebatian seperti buat lempeng senipis yang boleh
7. Agak masak dan kelihatan agak kilat bahagian atas kulit, angkat cepat-cepat.
7. Agak masak dan kelihatan agak kilat bahagian atas kulit, angkat cepat-cepat.
8. Letak whipping cream dengan isi durian di tengah dan lipat.
Isi durian yang dilenyek
Whipping cream yang boleh didapati di pasaraya
Kulit crepe
Isikan cream dan isi durian. Sedia untuk lipat
Durian Crepe pun siap.
Untuk lebih sedap, sejukkan dulu dalam peti ais.
Senang, mudah, cepat dan bahan-bahan pun tidak banyak. Yang penting ada durian. Selamat mencuba. Wassalam.
1 Comments
Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~
ReplyDeleteSally nampak kat IG smlm..hehehe..sedapnyaaa..lama tak makan!