Find us on Facebook

Pelbagai Bunga hiasan dan pokok hiasan di Nurseri Bunga, Sg. Buloh

Assalamualaikum. Fiza nak ceritakan pengalaman pertama membeli bunga di Flower Nursery yang terletak berhampiran Hospital Besar Sg. Buloh.

Kalau korang nak tahu, area Sg. Buloh memang banyak jual pokok bunga, pokok hiasan dan pelbagai hiasan taman dengan harga yang berpatutan. 

Selama ini, Fiza pergi kerja, balik kerja, tak berminat pun untuk singgah di nursery bunga kat tepi-tepi jalan tu.

Hari Selasa lepas, Fiza ambil cuti tahunan dan temankan MIL mencari bunga sebab Ma memang hobi menanam bunga perhiasan untuk laman rumah di kampung.

Waktu tengah hari dan cuaca agak panas.

Tengok pokok-pokok bunga ini terasa macam berada di Cameron Highland pula.

Promosi sempena hari Krismas, 3 pasu RM 15.00.
Murah kan.

Terpikat betul sebab walaupun cuaca panas, ada pokok-pokok hiasan buatkan sejak mata memandang.
Patut la orang cakap kalau nak mata sihat lihat warna hijau.

Pokok daun merah, memang unik.

Bunga ini menarik perhatian Fiza.

Thaqif peneman Mama.

Tok Ma dan Thaqif.


Bukan senang nak pilih dan beli bunga bila dah rambang mata. Daripada tak minat bunga jadi jatuh hati pula nak membeli lagi lepas ini. Macam mana boleh jadi macam ini pula nie.

Harap ada kesungguhan untuk memastikan bunga sentiasa mekar dan cantik.

Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. suke tengok bunga ni!! cuma tanamnya jak tak brapa nak suka!! hahahah

    ReplyDelete
  2. menggoda sunggh kesegaran bunga-bungaan tuh...

    ReplyDelete
  3. sukanya tengokkk..banyak bungaaa

    ReplyDelete
  4. Sg Buloh mmg well known nursery bunga2..dulu masa arwah MIL ada pernah la pergi sekali sbb MIL tu mmg kalau bab menanam ni mmg menjadi jer

    ReplyDelete