Assalamualaikum. Bulan lepas Fiza dan MIL ke nursery bunga Sg. Buloh. Waktu itu, fiza sempat beli bunga petunia merah hati sahaja. Bapak mertua sarankan suruh beli lagi dua. Dia siapkan paku kat dinding untuk gantung bunga yang akan dibeli nanti.
Nampaknya seluruh keluarga mertua memang support habis pasal beli bunga nie. Minat terhadap bunga makin menjadi bila Mr. hubby pun beri galakkan sebab dia pun sukakan bunga.
Hasilnya 3 jenis warna bunga petunia gantung ada depan rumah Fiza.
Bunga petunia warna merah jambu
Bunga petunia warna merah hati
Bunga petunia warna ungu
Bunga petunia sesuai untuk ditanam dalam iklim serta cuaca yang panas. Senang dijaga, sangat cantik dan sesuai untuk hiasan laman rumah.
Membesar dengan sihat yer sayang. Jadi rutin sekarang ini, sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja wajib siram bunga dulu.
Wassalam.
7 Comments
Salam singgah sini Fizah...cantiknya bunga petunia...MD pun suka tanam bunga juga tapi bunga petunia baru ada yg wrna ungu jak kat rumh..
ReplyDeleteKalau dekat rumah Fizah dengan MD nak minta bibit yg warna merah jambu dan merah hati tu...
ReplyDeleteCantik.. ni kalau mak mentua ejulz tgk mmg nak dia ni.. hehe
ReplyDeleteAduiii cantiknya fiza.. nnti akak nk cari jugak la..😉
ReplyDeleteteringin nk buat perhiasan bunga mcm ni tpi masa x mgizinkn
ReplyDeletecantik !! =D
ReplyDeleteSy pun baru brjinak2 dgn bunga..cntiknya bunga ni
ReplyDelete