Find us on Facebook

PERBEZAAN ANTARA BB CREAM DAN CC CREAM

Jika kita berada di kaunter kosmetik atau farmasi, kemungkinan kita akan dihujani dengan pelbagai cecair berwarna seakan-akan kulit yang membingungkan. Formulasi abjad seperti krim BB dan krim CC membuatkan kita tertanya-tanya. Apakah perbezaan di antara mereka? Dan yang paling penting, apa tujuan dan kegunaannya?

BB KRIM (BB CREAMS)
BB krim adalah krim yang menyediakan perlindungan dengan manfaat penjagaan kulit dan ditambah seperti dengan SPF (Sun Protection Factor) serta anti-oksidan dan beberapa senarai manfaat lain bergantung kepada apa jenama yang kita pilih. Ia lebih ringan dan berfungsi sebagai pelembap berwarna. Bahan tambahan dalam krim BB mempunyai keberkesanan yang sama seperti menggunakan serum. Harus diingat bahawa BB krim boleh menjadi pelindung matahari tetapi bukan sepenuhnya.

Maybelline Clear Smooth BB Clear Stick [#02 Natural]


CC KRIM (CC CREAMS)
CC umumnya bermaksud "warna pembetulan" (color correcting) dan produk yang bertujuan untuk menangani isu-isu seperti kemerahan atau  warna kulit yang pudar. CC krim adalah corrector untuk warna dan lebih ringan pada kulit. 

White Superfresh CC Cream Maybelline 

Ada pengguna berpendapat bahawa kedua-dua krim tidak banyak bezanya.  Apa yang perlu dilakukan adalah baca dahulu kandungan bahan-bahan dan  mencari apa yang kita mahu dan perlukan. 

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. Dah pernah pakai yg atas tu tapi tak brp nk sesueii.. hurmm

    ReplyDelete
  2. MZ rasa CC lagi ringan tekstur dia dan coverage dia kureng sikit dari BB

    ReplyDelete
  3. Anywa, BB cream Maybelline tu MZ pun guna, CC cream pulak, MZ guna Olay

    ReplyDelete
  4. Kadng keliru juga dgn 2 benda ni, thnks sharing fiza

    ReplyDelete