Find us on Facebook

Persiapan Awal Barang Baby kedua

Assalamualaikum. Hari ini genap 33 minggu usia kandungan Fiza. Ada baki lebih kurang 6-7 minggu sahaja lagi untuk Fiza sekeluarga menyambut ahli baru. Insya Allah. 

Walaupun pernah bersalin anak pertama, anak kedua nie pun boleh tahan nervous nye. Harapnya baby keluar ikut waktu yang ditetapkan. Doakan mama dan baby selamat semuanya yer.

Barang tambahan

Set bersalin Afiat, botol susu, tungku baby 

Tilam baby 

Kalau ikutkan tak banyak sangat Fiza membeli barang baby kali ini sebab barang abang Thaqif pun masih banyak yang boleh digunakan lagi seperti botol simpanan susu dan baju new born. 

Cuma sekarang ini tengah survey electric breast pump yang murah dan mudah guna untuk digunakan di pejabat. Sebelum ini pakai yang manual, lenguh juga tangan nak pum susu. 

Lepas survey nanti boleh buat entry untuk dikongsikan kepada pembaca yang sedang mencari electric breast pump sesuai untuk kegunaan harian dan di pejabat.

Teruskan membaca yer.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. seronoknyaa nak dapat baby. semoga semuanya dipermudahkan =)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum ❤ ju datang blogwalking malam ni. Lama xziarah blog rakan3 =D

    Insyallah, ju doakan dipermudahkan semuanya nanti. Jaga kesihatan ye mama thaqif =D

    ReplyDelete