Find us on Facebook

Grand Lexis Port Dickson lengkap dengan pelbagai kemudahan buat pengunjung

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, Fiza akan menulis pengalaman menginap di Grand Lexis Port Dickson. Selepas check in, berenang dalam private pool, Fiza dan Thaqif keluar dari Garden Living untuk melihat kawasan sekitar. Baby Huwainaa nyenyak tidur lepas mandi kolam, maka dedi dia temankan di bilik.

Persekitaran Garden Living

Pandangan belakang Garden Living

Garden Living terletak di sebelah Deluxe Pool Villa, penginapan atas air. Fiza bawa Thaqif berjalan-jalan sebab buggy hanya disediakan untuk ke lobi sahaja. Lenguh jugak kaki nak cover kawasan tu.

Laluan ke Deluxe Pool Villa

Laluan ke Executive Pool Villa


Executive Pool Villa


Kawasan memancing


Berpeluh Thaqif teman mama round-round

Taman permainan kanak-kanan


Thaqif minat main gelongsor, dia panggil weee


Taman permainan dalam air


Pemandangan Penginapan Above the sea

Kita tengok kemudahan lain yang disediakan untuk orang dewasa. Grand Lexis Port Dickson menyediakan Fitness Centre, Spa, Bar, kemudahan rekreasi seperti memanah, dan juga kedai cenderamata.

Fitness Centre


Nak jadi kakak sado jap


Tempat menunggu perkhidmatan buggy 


Lanun Bar

Ruang makan


Dessert


Kemudahan Spa turut disediakan


Sukan dan rekreasi


Gerai jualan makanan




Karnival untuk kanak-kanak

Kawasan memanah

Kedai cenderamata














Lobi

Waktu malam juga sangat meriah dengan adanya gerai-gerai kecil untuk tetamu menikmati makan malam. Kami keluar untuk ambil angin sahaja kerana kami sudah siap-siap makan sebelum keluar bilik. 
Mama dan Huwainaa Khayra


Abg Thaqif tengok bulan


Meriah dengan pengunjung kebetulan cuti sekolah



Kami pulang ke bilik jam 9 malam. Apa lagi dedi dan Thaqif sambung main di kolam. Fiza dan Huwainaa layan televisyen. 
Keesokan harinya kami keluar jam 8 pagi untuk sarapan pagi kerana ia termasuk dalam pakej penginapan. Saat yang ditunggu untuk mengisi perut.

Menu yang disediakan, Malay cuisine


Chinese cuisine


Western cuisine


Pembuka selera untuk kami bertiga


Kami ditempatkan di lanun bar, pihak hotel menyediakan tempat untuk keluarga yang mempunyai anak kecil untuk menonton televisyen

Televisyen dengan siaran kanak-kanak

Sekitar dalam Lanun Bar

Selepas sarapan, kami ke taman permainan dalam air sebab Thaqif dari semalam nak terjun masuk. Memandangkan semalam Fiza tak bawa dia ke sini, untuk memenuhi permintaan Thaqif, hari ini kami bawa dia.


Thaqif suka sangat dia dengan air





Gambar kami sekeluarga, Thaqif tengah kesejukan. 

Balik ke bilik untuk sesi mengemas barang sebab pukul 12 dah nak kene check out. Sebelum itu kene la balik berenang dulu. Tak puas rasanya duduk 1 malam di sini sebab terasa waktu terlalu cepat berlalu.

Ada masa Fiza akan tunjukan gambar anak-anak bermain dalam kolam pula. Huwainaa pun berenang-renang jugak tau.  Betapa baby suka akan air. Mama siap adakan pelampung baby untuk Huwainaa. Nantikan entry seterusnya.


Wassalam.

Post a Comment

0 Comments