Assalamualaikum. Baru-baru ini telah viral mengenai satu rakaman audio suara “Laurel vs Yanny” mencetuskan perbalahan global di antara netizen di seluruh dunia. Bingung juga dibuatnya.
Apa yang lebih menghairankan, kedua dua perkataan tersebut benar-benar jauh berbeza dari segi sebutan dan intonasi.

FB : Public Health Malaysia
[Yanny Vs Laurel] Apa Kata Netizen Malaysia?
Individu yang mendengar “yanny” langsung tidak dapat mendengar “laurel”, begitu juga bagi individu yang mendengar “laurel”.
Perkongsian audio tersebut di laman PHM telah mendapat lebih 166 ribu tontonan sejak ia di kongsi pada 4 hari lalu.
50.5 % (3900 )individu mendengar Laurel
47.9% (3700) individu mendengar sebagai Yanny
119 lain merupakan undi rosak (haha)
Mengapakah perkara ini terjadi?
ikuti penjelasan dari PHM.
JAWAPAN SEBENAR ADALAH ‘LAUREL’

Siapakah yang menemui rakaman tersebut dan bagaimana ia mula di sebarkan?

.
MENGAPAKAH KECELARUAN INI BERLAKU?
Apa yang anda dengari, sama ada Yanny atau Laurel bergantung kepada beberapa faktor berikut :
1. Kualiti alatan audio yang anda gunakan
2. Sensitiviti pendengaran anda
3. Bagaimana minda anda menterjemahkan sesuatu bunyi
4. Apa yang anda anggap dan sangkakan.
5. Frequency audio tersebut





Walaubagaimanapun, kesemua hipotesis ini belum lagi di buktikan secara kajian saintifik. Mungkin kajian yang lebih khusus perlu di lakukan untuk mengetahui faktor faktor mengapa sesetengah individu lebih cenderung untuk mendengar Yanny berbanding Laurel.
Harap dengan penjelasan ringkas ini dapat meleraikan 'misteri' audio Yanny vs Laurel ini!
Sumber : Facebook Public Health Malaysia
Apa yang Fiza dengar adalah Yanny! Korang boleh dengar di Youtube. Apa pendapat korang mengenai audio ini?
Yanny atau Laurel?
2 Comments
I can actually hear both.. mgkin kategori undi rosak tu.. huhu
ReplyDeletepenuh misteri.. haha
ReplyDelete