Find us on Facebook

Detik pertumbuhan gigi bayi Huwainaa

Assalamualaikum. Sekarang baby Huwainaa dalam peringkat tumbuh gigi. Lain bayi lain ragamnya. Bulan ini dugaan buat Huwainaa bila gigi pertamanya tumbuh tapi dia tak demam. Bila gigi kedua tumbuh, Huwainaa dah mula demam.

Masuk hari ini sudah hari kedua. Badan panas bila petang sampai ke malam, pagi esoknya panas kurang sedikit dan bila petang demam semula.

Fiza dah baca info mengenai detik bayi tumbuh gigi dan kita sebagai ibu perlu tahu apa yang perlu dibuat untuk redakan sakit bayi yang mula tumbuh gigi.

Umur bayi mula tumbuh gigi

Kebanyakkan bayi akan mula tumbuh gigi pada sekitar umur 6 bulan. Huwainaa mula tumbuh gigi pertama pada umur 7 bulan, mula dengangigi kacip bawah dan minggu ini bakal tumbuh lagi satu gigi bawah.

Jauh lagi perjalanan Baby Huwainaa untuk lengkapkan 20 batang gigi susu. Mama harap sangat baby Huwainaa dapat menempuhi detik pertumbuhan gigi tanpa demam.


Sakit ke bayi tumbuh gigi?

Simptom awal bayi yang kita perlu tahu dia akan mula tumbuh gigi apabila air liur meleleh secara berlebihan dan di situ mulanya bayi sakit gusi. Tempoh lelehan air liur selalunya sebulan atau dua bulan sebelum gigi tumbuh. 

Baby Huwainaa pun macam tu. Air liur meleleh sampai basah baju. Tapi kemudiannya tiba-tiba berhenti. Rupanya gigi sudah mula tumbuh. 

Bagaimanana menenangkan bayi yang dalam proses tumbuh gigi?

Waktu ini bayi akan menggigit apa sahaja barang, apa yang dia nampak semuanya akan masuk mulut. Tetapi punca sebenar adalah bayi hendak menggosok gusinya.

Apa yang Fiza lakukan adalah dengan membeli Teethering untuk Huwainaa gigit-gigit. Boleh juga sekali sekala beri jari kita untuk mengurangkan kesakitan bayi. Tapi bila dah ada satu gigi mama pun tak berani nak beri jari lagi.


Fasa tumbuh gigi sebenarnya fasa yang sangat comel bila lihat baby Huwainaa mula tumbuh gigi, Fiza memang sangat teruja. Dari situ pun kita dah tahu bahawa anak kita membesar dengan baik dan anak mama sudah besar. Cepat sungguh baby membesar kan. Itulah detik sekali seumur hidup yang perlu kita nikmati.

Mama tak kisah perlu berjaga malam untuk menjaga baby Huwainaa yang merengek kerana ia adalah detik yang tidak akan berulang lagi dan mama akan merinduinya bila baby Huwainaa besar nanti.

Wassalam.

Post a Comment

7 Comments

  1. dulu masa adik nak tumbuh gigi tak berani nak bagi jari sebab dia gigit kuat since gusi dia dah mula ada isi

    ReplyDelete
  2. comel sgt huwainaa..;D

    done follow..thank ya coz follow kite..;D

    ReplyDelete
  3. maknanya dah x lama lagi dah boleh mkn mknn pejal ya...alahaiii cpt nya anak dara sorg ni dah bsr...

    ReplyDelete
  4. ooo baru tahu. hihihihi nice info :)

    ReplyDelete
  5. Info yang sangat berguna sis.. Perkembangan bayi yang sangat memorablekan.. Dah besar lain pula yang perlu kita tempuh..

    ReplyDelete
  6. comelnya anak akk..moga dia membesar dengn baik..

    ReplyDelete