Assalamualaikum. Hari ini terasa sunyi di pejabat memandangkan ramai yang tetiba cuti sebab esok perayaan Deepavali. Tinggallah Fiza keseorangan, mujur ada blog menemani. Update untuk kali ini pasal menu makanan pula. Lama tidak post pasal masak memasak.
Kebetulan minggu lepas suami bawa pulang 2 pakej baby crab sejuk beku. Fiza pernah sekali merasa baby crab iaitu di MATHAF iaitu Malaysian Thailand Food Halal Festival. Penjual di situ menjual Baby crab goreng garing berempah. Memang sedap dan sedikit pedas.
Fiza pula nak kongsikan resipi ringkas untuk membuat baby crab celup tepung ayam. Senang, mudah, sedap dan ringkas.
Baby Crab celup tepung
Bahan-bahan:
- Baby Crab
- Tepung Goreng Ayam
- Telur
Cara-cara
- Basuh dahulu baby crab sehingga bersih.
- Pecahkan telur dan masukkan baby crab.
- Salutkan baby crab dengan tepung goreng ayam.
- Untuk memastikan baby crab digoreng garing, pastikan ia digoreng dengan minyak yang sederhana.
- Goreng sehingga baby crab berwarna keemasan.
- Angkat dan siap.
Baby Crab sejuk beku
Tepung goreng ayam dan telur
Bahan telah sedia untuk dimasak
Baby Crab
Siap untuk dimakan
Kalau pandai masak ayam celup tepung, sama la juga cara nak goreng baby crab ini. Tapi ingat kalau api terlalu kuat crab jadi tak rangup. Perlu pandai kawal api.
Ratah masa menonton televisyen memang sedap. Tak sedar tahu tinggal pinggan kosong. Baby crab memang perlu untuk digoreng garing sebab kita boleh makan dengan kulitnya. Jangan korang beria nak buka kulit baby crab satu per satu. Alamatnya sampai ke malam la jawabnya mengadap ketam.
Wassalam.
8 Comments
sdapnya..tapi ssh nak jumpa baby crab ni..:)
ReplyDeleteBoleh beli di pasaraya sri ternak, pasar borong selangor
Deletetry guna tepung bestari mesti lagi sedapo hehehehe tapi yang ini pun rasanya sambil tengok tv konfirm licin
ReplyDeletewuuu dapp nya... ^_^ lama xsinggah sini
ReplyDeleteLeoas goreng makan terus cicah sos ke mayonis ke perghh sedap
ReplyDeleteSuka baby crab nie.. memang snek paling best..
ReplyDeletewahh sedapnya..lps ni kalau terjumpa boleh laa beli baby crab ni
ReplyDeleteAssalamualaikum, nak tanya. Sebelum goreng kena letal garam dulu tak? Tq.
ReplyDelete