Assalamualaikum. Perjalanan hari kedua kami menuju ke Dungun yang mengambil masa 1 jam 30 minit dari Kuala Terengganu. Suami perlu menyambung kerja audit di Dungun dan kami perlu mengambil penginapan di Dungun.
Hotel UITM Dungun sangat selesa dan berbaloi | Setelah mencari hotel yang sesuai untuk penginapan satu malam, kami memilih Hotel UITM Dungun. Suami membuat tempahan Hotel UITM Dungun dengan sarapan pagi melalui panggilan telefon. Hotel ini terletak di Jalan Pantai Sura, Kuala Dungun dan bersebelahan dengan Pantai Sura.
Pantai Sura
Terjumpa batu bersurat
Kaunter Penyambut Tetamu
Bilik tema Ungu UITM
Kami check in jam 4 petang. Letak beg dan terus berehat. Tiada aktiviti petang yang dapat dilakukan sebab di sini tiada kolam renang. Kami layan televisyen sahaja.
Leganya dapat berbaring
Kemudahan yang disediakan memang lengkap seperti pemanas air, pembancuh kopi, seterika, televisyen, telefon, alat mandian dan juga sejadah solat.
Pemanas air dan pembancuh kopi
Televisyen
Meja tulis
Almari pakaian
Bilik air
Kelengkapan alat mandian
Ruangan pancuran air
Kalau lapar, jangan risau kerana mereka ada kafeteria dan paling istimewa mereka juga ada menyediakan makanan ala Jepun.
Tidur bertemankan deruan ombak
Nyenyak anak-anak tidur, kesian nak kejutkan pagi
Sarapan pagi di kafeteria tidak menghampakan. Pelbagai jenis makanan disediakan dan semuanya sedap-sedap.
Pilihan untuk pagi ini Nasi Berlauk, ikan tongkol.
Pelbagai jenis kek
Selepas sarapan, suami pun keluar menjalankan tugas, Fiza bawa anak-anak keluar makan angin sekitar hotel. Sedap layan angin laut sementara hendak menunggu suami pulang kerja dan bersiap untuk check out.
Selepas ini kami akan terus ke Kuantan. Dalam perjalanan nanti, kami akan singgah di Kertih. Di mana suami akan letak kami anak-beranak sementara dia membuat kerja audit. Ada sebuah shopping mall yang menjadi tumpuan untuk penduduk Kertih membeli belah.
Penginapan di Hotel UITM Dungun memang sangat selesa dan harganya juga berbaloi serta mesra kanak-kanak. Terletak tidak jauh dari bandar Dungun dan bersebelahan dengan pantai.
Booking terus di Agoda --> Hotel UITM Dungun
Wassalam.
1 Comments
bestnya..makanan dia kemain banyak time sarapan..:)
ReplyDelete