Find us on Facebook

Menginap di Felda Residence Kuala Terengganu

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Setelah bercuti panjang selama seminggu dan meninggalkan blog kesayangan, hari ini Fiza kembali membawa cerita-cerita untuk dicoretkan dalam blog. Ramai yang bertanya kenapa cuti panjang sedangkan belum cuti sekolah. Sebenarnya Fiza mengikut suami bekerja outstation di sebelah kawasan Pantai Timur. Pantai Timur tidak termasuk Kelantan. Hanya Terengganu dan Pahang.


Kami bertolak ke Kuala Terengganu pada hari Sabtu 10 Nov 2018 jam 9.00 pagi. Dijangka akan tiba di Kuala Terengganu jam 2 petang dan boleh terus check in hotel. Sepanjang perjalanan berjalan lancar dan kenderaan pun tidak banyak.

Kami tiba di Felda Residence Kuala Terengganu jam 1.00 tengah hari. Lega bila sudah sampai. Booking untuk menginap di Felda Residence Kuala Terengganu telah Fiza buat menggunakan laman sesawang Agoda.

Felda Residence Kuala Terengganu

Lobi di tingkat 2

Abang Thaqif suka duduk hotel

Pemandangan sungai dari lobi

Selepas selesai mendaftar dan memdapat nombor bilik,  kami terus ke tingkat 9. Fiza membuat tempahan bilik mengadap pemandangan sungai. 

Bilik kemas dan selesa

Bilik Air

Pancuran mandi

Peralatan mandi

Kemudahan asas yang disediakan semuanya mencukupi seperti peti sejuk, papan seterika, seterika, serbuk untuk bancuhan air, televisyen, telefon dan juga sejadah untuk solat.

Televisyen


Telefon

Almari pakaian

Peti sejuk dan pemanas air


Walaupun bilik tidak berapa besar tetapi segala kemudahan dan perabot memang lengkap disediakan. Mula-mula risau juga sebab Huwainaa sekarang banyak bertatih dan merangkak. Tetapi perabotnya tidak tertalu bahaya. Sebab yang penting adalah pemantauan.




Kalau lapar jangan risau, buat sahaja panggilan ke cafeteria mereka di tingkat 7. Pelbagai jenis makanan mereka akan sediakan mengikut buku menu yang disediakan di dalam bilik.

Fish and chips serta tomyam campur

Nasi putih

Keropok lekor original

Oleh kerana kami belum makan tengah hari, maka suami pun terus membuat penggilan untuk tempahan makan tengah hari.


Laluan ke lobi

Kedai runcit mini

Lega bila sudah sampai. Maka bermula lah cuti panjang untuk Fiza tetapi suami perlu bekerja keesokkan harinya kerana penduduk di Negeri Terengganu mula bekerja pada hari Ahad.

Pengalaman kedua Huwainaa menginap di hotel.
Empuknya betul tilam hotel yer mama

Hari pertama di Kuala Terengganu tidak akan disia-siakan. Setelah berehat sebentar, makan pun sudah, petangnya kami bercadang hendak pusing-pusing Kuala Terengganu. Walaupun bukan kali pertama ke sini, tetapi rugi kalau tidak keluar berjalan. 

Nyenyak Huwainaa tidur

Keesokan pagi kami ke tingkat 7 untuk menikmati sarapan di Jintan Coffe House. Tempahan hotel Fiza buat beserta sarapan pagi. Senang untuk suami sebab di perlu pergi membuat audit di bank berhampiran. 










Pelbagai menu disediakan. Ikutkan hati semuanya nak makan tetapi bila pekena nasi lemak, rasa kenyang sungguh. 


Begitulah pengalaman menginap di Felda Residence Kuala Terengganu. Selesa, puas hati, makanan sedap, dan berbaloi dengan harga dan terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.  Berdekatan dengan Pasar Payang. 

Kalau korang ke Kuala Terengganu memang Fiza cadangkan untuk menginap di sini kerana lokasi yang sangat strategik.

Booking terus kat sini --> Felda Residence Kuala Terengganu

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. amboi bestnya dia cuti seminggu..:)

    ReplyDelete
  2. wah menarik! tempat pun cantik. ada juga niat nak ke sana, mybe next year hihi

    ReplyDelete