Find us on Facebook

Mesra Mall Kertih, destinasi membeli-belah mesti dikunjungi

Assalamualaikum. Sewaktu mengikut suami outstation di Terengganu, Fiza sempat singgah di Mesra Mall, destinasi membeli-belah yang mesti dikunjungi di Pantai Timur Malaysia. 


Mesra Mall Kertih, destinasi membeli-belah mesti dikunjungi |  Terletak di Kemasik, Terengganu dan menempatkan pelbagai jenama tempatan dan global yang menjadikannya pusat sehenti untuk membeli-belah, perbankan, makan, riadah dan hiburan yang sangat mengagumkan.


Mula-mula jejakkan kaki ingatkan macam shopping mall biasa-biasa, rupanya banyak jenama mewah di sini. Al maklumlah, sudah lama Fiza tak menjejakkan kaki ke shopping mall besar macam Suria KLCC, Pavillion, Mid Valley sejak bergelar mama nie. 


Tempat pertama Fiza tuju ke kedai buku Popular. Pengalaman pertama pergi jalan-jalan di shopping mall tanpa suami teman. Harap Thaqif tak buat hal dan Huwainaa tak menangis.

Abg Thaqif bagi upah Donut Big Apple. 


Kemudian, kami masuk cuci mata di Kio Da, kedai ala korea. Kalau masuk memang confirm nak beli.  Tengok bear, plush toys comel-comel memang terasa nak rembat. Akhirnya terembat patung kitty untuk Huwainaa.




Kemudahan awam juga lengkap seperti food court, tandas dan surau. Untuk hiburan, panggung wayang TGV  Cinemas, U-Bowl dan U-Sport turut disediakan. 








Fiza tak belanja besar pun di sini, hanya cuci mata. Sementara menunggu suami habis kerja, mujur ada Mesra Mall, kalau tidak bosan juga menunggu dalam kereta. Destinasi seterusnya kami akan ke Kuantan dan tempahan hotel telah dibuat. Hotel mana kami akan check in? Nantikan entry seterusnya.

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments