Find us on Facebook

Pelbagai tarikan buat pengunjung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Kali terakhir Fiza berkunjung ke Pantai Batu Buruk pada awal tahun 2014. Sebenarnya bukan ingat sangat tahun tu tapi sebab pernah tulis mengenainya di blog bertajuk  Bercuti di Kuala Terengganu : Pasar Payang dan Pantai Batu Burok.


Pelbagai tarikan buat pengunjung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu |  Hari sabtu di Terengganu seperti cuti hari Ahad di negeri contohnya Selangor. Hari yang dimanfaatkan untuk bersantai bersama keluarga.  Pantai Batu Buruk memang pantai tumpuan penduduk dan juga pelancong di Kuala Terengganu. Jadi tak perlu nak merungutlah kalau jalan memang sesak dan parking juga penuh waktu kami tiba. 







Ombak kuat bila tiba penghujung tahun maka Fiza tidak nampak pula orang mandi di laut. Hanya kelihatan pengunjung lepak dan berkelah sahaja. Aktiviti lain yang disediakan buat pengunjung adalah seperti bermain layang-layang, bermain buih sabun, bergambar dan menaiki kereta kuda yang dihias cantik. Untuk kanak-kanak juga ada disediakan keretapi mainan untuk bersiar-siar di tepi pantai.











Tidak hairanlah kenapa ramai sangat yang ke sini. Tempat tumpuan pelancong dan juga penduduk sekitar. 


Gerai menjual makanan dan minuman

Puas lepak dan ambil gambar, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Niat untuk ke kampung losong untuk mencari keropok lekor  terpaksa dilupakan kerana waktu pun hampir maghrib dan kedai pun sudah tutup. Kami beli keropok di gerai sekitar pantai Batu Buruk sahaja.

Boleh kata puas makan keropok lekor hari pertama di Kuala Terengganu. Malam kami rehat kerana esok kami akan ke Dungun pula. 

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. nampak muka huwaina penat sgt..:)

    ReplyDelete
  2. Wahh seronoknya, Murni dah lama tak ke Kuala tGanu..kalau tak memang singgah sini

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak pergi Pantai Batu Buruk

    ReplyDelete