Find us on Facebook

Pengalaman menginap di AC Hotel by Marriott Kuantan (Vistana Hotel Kuantan)

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Penulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Hari ketiga kami sekeluarga ke Kuantan, Pahang. Hotel ini kami pilih untuk menginap selama 2 hari 1 malam dan terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Tempahan dibuat di laman sesawang AGODA. 

Update : Nama hotel telah bertukar AC Hotel by Marriott Kuantan


Pengalaman menginap di AC Hotel by Marriott Kuantan (Vistana Hotel Kuantan) | Tempahan awal dibuat melalui laman sesawang Agoda.com beserta sarapan pagi untuk 2 hari. Semua proses check in berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Bilik yang kami dapat juga paling berdekatan dengan lif. Senang hendak mengangkut beg dan anak.


Executive Deluxe

 Meja tulis

Telefon 

Televisyen

Pemanas dan pembancuh minuman


Peti besi keselamatan

Kemudahan menggosok pakaian

Bilik air

Pancuran mandi

Peralatan bilik air

Huwainaa yang penat

Setelah 2 hari check in dan out, maka di Hotel Vistana kami dapat rehat lama sedikit. Harap kami tidak bosan menginap di sini sementara menunggu suami keluar bekerja.

Suasana pagi sebelum sarapan

Sarapan pagi di sini boleh kata biasa sahaja kerana sarapan pagi di dua hotel yang kami menginap sebelum ini, Felda Residence Kuala Terengganu dan Hotel UITM lebih sedap. Kegemaran Fiza adalah bersarapan dengan nasi lemak. Kecewa sedikit dengan sambal nasi lemak di sini tapi masih boleh masuk tekak. 

Ruang makan

Sarapan hari pertama
Sarapan hari kedua









Selepas selesai sarapan hari pertama di sini, Fiza dan anak-anak kembali ke bilik dan sambung tidur. Lagipun masih awal pagi dan waktu ini Fiza gunakan sebaik mungkin untuk bersama anak-anak. Suami pergi sambung kerja.

Anak-anak mama Thaqif dan Huwainaa

Kolam renang

Lobi hotel

Aktiviti lain yang kami buat selain makan dan tidur adalah pergi main kolam. Di sini barulah Thaqif dan Huwainaa dapat bermain air. Fiza akan kongsikan kisah anak-anak bermain kolam dalam entry yang lain.

Booking di sini --> AC Hotel by Marriott Kuantan

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. Selain kecomelan Thaqif dan Huwainaa, kecomelan kucing kat tengah2 tu pun menarik hati jugak. Hehe

    ReplyDelete
  2. kuantan ni banyak juga pilihan hotel yg best2. sekali sekala pergi mesti bertukar hotel hehehe...

    ReplyDelete
  3. wah! nampak selesa menginap di sana.

    ReplyDelete