Assalamualaikum.
Dengar sahaja barangan bayi, mesti terbayang akan kecomelan dan design baju bayi yang kiut miut. Pantang mak-mak dengar dan tengok barangan bayi, mesti nak beli sebab Fiza juga mempunyai bayi berusia 11 bulan dan anak kecil berusia 3 tahun.
Hamper dan Hadiah serta pelbagai barangan bayi dari LOVINGLY SIGNED | Baru-baru ini rakan sepejabat juga telah dikurniakan cahaya mata lelaki yang comel. Fiza pun cuba untuk mencari-cari barangan bayi yang sesuai untuk dijadikan hadiah newborn. Terjumpa satu website yang menyediakan koleksi peribadi pakaian bayi. Kebanyakan hadiahnya boleh disulam dengan nama bayi yang kita kehendaki. Lebih istimewa ia menyediakan dan didatangkan dengan kotak hadiah yang sangat mewah.
Menarik sangat untuk dikongsikan dengan pembaca blog Ourmemoria. Di mana lagi kalau bukan di website LOVINGLY SIGNED.
HAMPER HADIAH
Menariknya di platform LOVINGLY SIGNED, mereka menyediakan servis personalized hamper untuk dijadikan hadiah. Pembeli hanya perlu memilih jenis hamper yang diingini sesuai dengan kehendakkan dan keadaan. Barang yang dipilih juga boleh dipersonalized untuk disulamkan dengan nama dan warna benang.
Hamper yang comel, didatangkan dengan
Personalised Ear Hooded Towel, Blanket dan Ethan the Fox Set
Tutu dress sesuai untuk bayi perempuan. Comel sangat
Hamper untuk menyambut kelahiran bayi baru.
Seronok bila dapat reka sendiri hadiah, betul tak? Hamper yang disediakan juga sangat comel sesuai dengan kecomelan untuk diberikan kepada si kecil. Antara koleksi barangan bayi yang boleh didapati LOVINGLY SIGNED adalah seperti pakaian, selimut & tuala, mainan & aksesori. Kesemuanya boleh disatukan untuk dijadikan hamper sebagai hadiah. Jom kita tengok antara koleksi yang terdapat di LOVINGLY SIGNED.
KOLEKSI PAKAIAN
Untuk koleksi pakaian LOVINGLY SIGNED ianya terdiri daripada Jubah, Baby Grows, Bibs, Baju Tidur dan juga Tutus untuk bayi perempuan.
Untuk Jubah mandi Gingham Toweling contohnya, jubah yang cantik dan memperlihatkan anak kecil seperti seorang puteri atau ratu. Dibuat dengan 100% kapas tebal dan mewah.
Jubah tersebut boleh disulamkan sehingga 10 aksara dan mengikut warna benang pilihan pelanggan. Ia menjadikannya jubah lebih unik dan istimewa. Menarik bukan.
KOLEKSI SELIMUT & TUALA
Selain pakaian, selimut & tuala memang sangat sesuai dijadikan hadiah untuk diberikan kepada newborn dan merupakan barangan yang dapat bayi pakai dalam tempoh masa yang lama. Selimut dan tuala LOVINGLY SIGNED dengan kain 100% kapas menjanjikan keselesaan buat si kecil serta lembut pada kulit.
KOLEKSI HADIAH DAN AKSESORI
Untuk hadiah sempena perayaan atau hadiah hari jadi, LOVINGLY SIGNED juga turut menyediakan pilihan mainan & aksesori yang comel dan memang sesuai sangat dijadikan hadiah buat si manja. Pilihan untuk mainan adalah seperti soft toys dan toys storages manakala aksesori lain adalah seperti Backpacks, Books, Laundry Bags dan Lunch Bags.
Soft toys |
Bunny Comforter |
Bibs |
Backpack |
Laundry Bags |
Lunch Bags |
Gift card |
Apa yang menjadikan LOVINGLY SIGNED lebih istimewa | Jawapannya ialah mereka menyediakan hadiah dan barangan mengikut apa jua kehendak dan cita rasa pelanggan.
Hadiah dihantar dengan Gift Box Mewah secara PERCUMA
LOVINGLY SIGNED |
Jom jenguk dan singgah ke LOVINGLY SIGNED untuk melihat lebih banyak pilihan hadiah buat si manja tersayang atau boleh juga untuk kegunaan si manja kita sendiri. Rambang mata Fiza dibuatnya.
Penghantaran percuma di Negara Singapura kerana LOVINGLY SIGNED beroperasi di negara jiran kita. Walau bagaimanapun, untuk penghantaran antarabangsa, jangan risau LOVINGLY SIGNED akan menghantar ke mana-mana destinasi di seluruh dunia untuk SGD $ 25, dan secara PERCUMA jika jumlah belian melebihi SGD $ 250.
Pengiriman dilakukan melalui perkhidmatan kurier pilihan mereka dan mengambil purata antara 4 hingga 8 hari.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web LOVINGLY SIGNED ataupun ke laman sosial Lovingly Signed seperti di bawah:
Facebook : https://www.facebook.com/lovinglysigned
Instagram : https://www.instagram.com/lovinglysigned
Email : lovinglysigned@gmail.com
1 Comments
Cute koleksi hadiah tu
ReplyDelete