Assalamualaikum. Zaman sekarang susah nak dapat harga makanan serendah RM 2. Tapi sebenarnya masih ada lagi di kawasan Sg. Buloh. Restoran Imm Aroi yang terletak di Jalan Dataran Villa Putra 2, Sg. Buloh.
Thai Boat Noodles harga serendah RM2 | Baru sahaja dibuka pada awal bulan November lepas. Bila murah memang akan jadi tumpuan orang ramai. Waktu pertama kali ke sini, memang ramai sangat yang datang makan sehinggakan makanan kami hampir 30 minit baru tiba atas meja.
Menu makanan RM2 setiap satu
Kami faham dan rela menunggu sebab tempat baru, makanan pula murah. Menu yang Fiza makan untuk pertama kali adalah Boat Noodles dan Nasi Phad Phed.
Angkat geng serang sini
Susun-susun dulu
Nasi Phad Phed
Boat Noodles
Kunjungan Fiza ke sini bukan sekali, tetapi setakat ini sudah 2 kali. Kunjungan kali kedua Fiza cuba hidangan Nasi Chicken Blackpepper dan Tomyam Beehoon
Angkat geng lain pula
Susun-susun dulu
Nasi Chicken Blackpepper
Tomyam Beehoon
Setakat ini 4 menu telah Fiza cuba dan kesemuanya memang sedap. Korang kalau ke sini tak mungkin akan ambil satu mangkuk saja. Paling minimum pun 2 mangkuk.
Menu yang paling sedap Tomyam Beehoon. Memang menepati selera sangat. Tomyam dia pun pekat dan Fiza suka.
Kalau jalan area Sg. Buloh, boleh lah korang singgah restoran ini. Jangan lupa PM Fiza sekali. Mana tahu boleh join makan.
Wassalam.
5 Comments
banyak jugak portion dia kan, kira okla
ReplyDeleteDekat Shah Alam ada 1 Kafe Eat & Repeat harga RM1.90 masa makan dulu. Skang dah ada bukak cawangan lain juga di Bangi dan Seremban. Hehe. Memang best bila dpt makanan murah dan sedap plak tu. Puas hati kan!
ReplyDeleteOkayyy, nasib baik area sg buloh jaa..pasni boleh dtg bwk family ^^
ReplyDeletesedpnya..murah..:)
ReplyDeleteWah, harga RM2 je. Boleh try banyak menu kalau camtu
ReplyDelete