Assalamualaikum. Bagi yang pernah baca penulisan Fiza sebelum ini, berkenaan sakit mata, ini adalah sambungannya. Waktu Fiza dapat cuti sakit, suami pun terpaksa ke KPJ Rawang untuk dapatkan rawatan sakit mata di KPJ Rawang.
Mata suami lagi merah dan nampak lebih teruk daripada kami. Maka doktor klinik sarankan supaya merujuk kepada pakar mata. Kami pun sekeluarga menemani dedi ke KPJ Rawang untuk bertemu pakar mata.
Menunggu giliran
Kaunter pendaftaran
Upah untuk duduk diam-diam
Huwainaa pun baru baik dari sakit mata
Dorang buat hospital macam rumah
Kaunter pendaftaran untuk bertemu pakar mata
Abg Thaqif pun nak test mata juga
Mujur bila berjumpa pakar, tiada sakit serius yang dialami cuma sakit mata biasa. Cuma mata dedi nampak sangat merah. Risau juga kalau ada masalah yang serius. Selepas berjumpa doktor suami dapat sambung cuti sakit 4 hari dan perlu datang sekali lagi untuk melihat sama ada mata beransur sembuh atau tidak. Alhamdulillah selepas 4 hari sakit mata dedi telah pun sembuh.
Masa menunggu dedi mendapatkan rawatan, Fiza seperti biasa melayan karenah anak-anak yang buat hospital macam rumah. Penat betul nak kawan dorang berdua. Menjerit, berlari, berguling atas lantai tak payah cakap lah. Huwainaa pun sekarang sudah boleh berjalan, lagi la susah nak dikawal.
KPJ Rawang memang selesa. Dedi dan Thaqif sahaja yang pernah dapatkan rawatan di sini dan ini adalah kali pertama Fiza jejakkan kaki ke sini.
Wassalam.
5 Comments
semoga cepat sembuh..
ReplyDeletemkin kurus la fiza..asyik berkejaran..hihi
ReplyDeleteDugaan betul kalau kena sakit mata. Sebab berjangkit.
ReplyDeletebtw, lawa KPJ Rawang, nampak hijauuu...sejuk mata memandang.
Satu keluarga me kena.. semoga cepat2 baik ye
ReplyDeletealhamdulillah xde yang serious..
ReplyDelete