Find us on Facebook

Pengalaman menginap di ibis Kuala Lumpur City Centre

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Selamat kembali bekerja di hari Isnin. Setelah selesai update satu per satu entry, tiba masa untuk update cerita kami menginap di hotel yang agak dikenali juga kerana infinity poolnya. 

Hotel Ibis yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur menjadi pilihan kami pada saat akhir dan tidak dirancang langsung. Mujur ada Agoda yang banyak membantu kami dalam membuat tempahan hotel. Booking di sini --> ibis Kuala Lumpur City Centre


Pengalaman menginap di ibis Kuala Lumpur City Centre | Kebetulan hari Isnin cuti umum sempena Hari Thaipusam, jadi kami ambil keputusan untuk menginap di hotel Ibis pada hari Ahad. Syok juga sesekali stay di hotel yang terletak di bandar besar. Boleh santai-santai dengan anak-anak di hotel sambil mandi kolam. Thaqif pun hendak sangat bermain air kolam.

Eksited masing-masing dengan pelampung nak mandi kolam 


Hotel yang paling dekat dengan rumah yang kami pernah menginap. Perjalanan hanya 40 minit sahaja. Disebabkan hendak tunaikan permintaan Thaqif, kami membuat tempahan pada pukul 1 tengah hari. Dijangka check in pukul 3 petang. Mama pun sepantas kilat mengemas baju dan barang-barang untuk dibawa ke hotel.


Kaunter Penyambut Tetamu 


Lobi 


Pukul 3 petang kami check in. Masuk sahaja bilik hotel memang rasa mewah walaupun biliknya tidaklah besar.  Katil bersaiz Queen Standard muat untuk kami 4 beranak. Jom tengok kemudahan lain yang disediakan dalam bilik comel ini.


Queen Standard 


Almari baju, meja tulis, telefon dan peralatan untuk membuat air 


Televisyen, siaran pun banyak boleh tengok 


Bilik air 


Boleh lihat pemandangan KLCC dari sini 


Dapat lihat KLCC dari bilik kami 


Jarang orang hendak menginap di hotel dengan pemandangan hutan batu. Betul tak? Walaupun hutan batu tetapi rasa selesa sahaja kerana tidak perlu risau, tiada sebarang bunyi bising pun dapart didengari kerana tingkapnya memang tidak boleh dibuka. 


Cafe 


Dining Area "Kampung Kitchen" 


Laluan untuk ke Spa, Pool dan Gym 


The Asia Spa 


Infinity pool tingkat 31 


Bila tengok kolam, memang tidak sabar nak mandi. Aksi mandi manda di kolam Fiza akan ceritakan dalam entry blog seterusnya sebab terlalu banyak gambar yang hendak dikongsikan.

Makan malam kami sangat istimewa di Kampung Kitchen. Makanan pun sedap setanding harganya juga. Kami dihidangkan dengan menu masakan kampung. 


Muka lapar lepas penat berenang petang tadi 


Mushroom soup 


Nasi putih dengan gulai ayam pekat melekat 


Spaghetti Bolognese 


Pencuci mulut 


Minum kopi bertemankan KLCC di malam hari 


Pengalaman menginap di hotel Ibis memang sangat best, berbaloi dan selesa. Terasa waktu terlalu cepat berlalu memandangkan kami check in pun lambat disebabkan last minute merancang untuk menginap di hotel. 

Kami akan mandi kolam lagi esok pagi kerana tidak mahu rugi menginap di sini. Anak-anak pun tidur awal pada malam itu kerana kepenatan. Korang yang datang ke Kuala Lumpur, memang Fiza mencadangkan untuk menginap di sini.

Baca lagi : Aksi mandi manda di Infiniti Pool Ibis KL

Booking hotel di sini --> ibis Kuala Lumpur City Centre

Wassalam. 


Post a Comment

2 Comments

  1. wow swimming pool dia menariknya ! orang dewasa pun rasa teruja ni nak kuak kekupu =D

    ReplyDelete