Assalamualaikum. Walaupun telah beberapa kali ke Cameron Highlands, perasaan jemu itu seolah-olah tiada. Sebabnya setiap kali ke sini pasti ada tarikan baru yang diperkenalkan kepada pengunjung untuk ke sini lagi. Lawatan ke Cameron Lavender Garden seingat Fiza pada tahun 2013 dan 2015.
Cameron Lavender |
Lavender Ice Cream tarikan terbaharu di Cameron Lavender, Cameron Highlands | Pengunjung yang hendak ke Cameron Highlands jangan lupa untuk singgah ke Cameron Lavender. Kalau berpeluang baik, dapatlah kita melihat bunga lavender yang mengungu. Serius memang cantik dan keadaan dalam taman juga terbau wangi lavender.
Tarikan untuk pengunjung bergambar |
Kami bergambar, Huwainaa masih tidur
Minta jadi model mama pun susah
Hai, Huwainaa sudah bangun dari tidur
Antara tarikan di sini adalah pengunjung berpeluang untuk makan Lavender Ice Cream. Ini adalah pengalaman pertama Fiza dan sebelum ini Fiza pun tidak perasan sama ada wujud atau tidak ais krim lavender.
Satu kon ais krim berharga RM 6.00. Beli satu untuk rasa dan teringin sangat hendak menggambarkan ais krim tersebut dengan berlatar belakangkan ladang lavender.
Gerai Aiskrim
Tengok pun rasa seperti nak rasa lagi
Thaqif memang suka sangat ais krim, habis dia pulun sorang
Waktu ini kami merayap berdua, sebab Dedi tengah jaga Huwainaa tidur
Pondok dengan anak patung di dalamnya sebagai tempat untuk bergambar
Mama dukung anak patung tidur
Love Lock
Hihi.. Dedi berselfie
Kedai Cenderamata
Huwainaa mamai lagi, cuaca sejuk nak tidur je
Seronok berada di sini. Memang tenang dan mendamaikan disebabkan bunga lavender memang memberikan ketenangan dan kedamaian. Paling best kunjungan kami ke sini adalah pada hari Jumaat dan kami singgah pada jam 6 petang. Cameron Lavender tutup jam 7 petang. Maka waktu itu pengunjung telah beransur pulang.
Senang kami hendak bergambar kerana tidak perlu bersesak dengan orang ramai. Kalau korang pun tak nak bersesak dengan pengunjung, boleh buat macam kami.
Wassalam.
5 Comments
menarik.. blm sampai lagi kat sana. Insyaallah ada rezeki nak bawa anak isteri ke sana.. :)
ReplyDeletelahai..lamanya xg CH..:)
ReplyDeleteSekarang ni memang ramai orang upload gambar ais krim lavender dekat Cameron ni.
ReplyDeletememang tak jemu pergi sana. sejuk n cool.. walaupun katanya da x sejuk sngt tapi okla dari low land kan.. cuma kalo da pegi banyak kali ada tempat2 yang x pegi dah. tengok eskrim tu macam makin kicik.. dulu besar.
ReplyDeletewah syoknya makan aiskrim lavender! pernah datang sini masa 2016 tapi tak adaa pula dapat rasa aiskrim ni huuhuu, terliur pula tengok gambar asikrim!
ReplyDelete