Find us on Facebook

Menikmati ketam masak telur masin dengan berteman bayu laut di D'Rhu Bayu Seafood

Assalamualaikum. Kalau korang hendak ke pantai timur, tidak kiralah hendak ke Kelantan atau Terengganu, pastikan korang lalui laluan pantai. Itulah yang kami selalu buat kalau balik dari Kelantan. Sebabnya, itulah banyak sebabnya tau yang korang akan rugi kalau skip laluan tersebut. 

D'Rhu Bayu Seafood 

Menikmati ketam masak telur masin dengan berteman bayu laut di D'Rhu Bayu Seafood | Bila tiba musim panas, kawasan pantai di Terengganu memang sangat cantik sampaikan korang rasa tidak mahu pulang ke kota. Terasa macam nak duduk je tepi pantai.

Jauh termenung yer Huwainaa

Laut yang membiru, memang sesiapa yang suka bergambar, rugi tak ambil peluang nie

Itu belum lagi bertemu dengan banyak restoran dan gerai-gerai makanan laut yang sedap-sedap. Harga pun tidak mahal tau. Hanya perlu sediakan ruang dalam perut sahaja. Kalau rasa boleh makan banyak dipersilakan.

Sepanjang perjalanan, kami tidak terasa hendak makan makanan laut bercelup tepung sebab sudah banyak kali makan. Tapi kali ini kami singgah di Kelulut, Marang, Terengganu untuk mencuba masakan panas. D'Rhu Bayu Seafood merupakan restoran yang terletak betul-betul tepi laut.

Masakan panas sebab perut lapar sangat

Ketam masak telur masin

Nasi Goreng Paprik Daging

Waktu ini masing belum ramai pengunjung

Tak tahu bila pula Huwainaa akan tengok laut lagi

Pemandangan dari meja makan kami, kelihatan Pulau Kapas di sana

Boleh nampak Pulau Kapas dari restoran ini. Pulau lagi. Bilalah nak jejak kaki ke pulau nie. Rindulah nak snorkeling.

Makanan yang dihidangkan mestilah sedap dan seafood pula semestinya segar. Harga pun berpatutan. Itu jelah nak cerita. 

Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. ooohohoi.. sedapnya nampak. ketam tuuu =D

    ReplyDelete
  2. Nampak menariknyaaa ketam telur asin tu..
    Mesti sedap kan...

    ReplyDelete
  3. Pemandangan cantik betul..alahai teringin nya nak makan tepi pantai macam ni..sambil menghirup udara segar, sambil- sambil makan..tengok pemandangan...ish..kena pi Terengganu ni

    ReplyDelete
  4. bestnya lah petang2 jln tepi pantai,
    dengan air laut yg kebiruan
    tenang rasanya

    ReplyDelete