Find us on Facebook

Menikmati Strawberry Waffle Ice Cream dan Strawberry Split di Starzy Corner Cafe, Kampung Taman Sedia

Assalamualaikum. Sejak Fiza tahu ada kawasan melayu yang menyediakan pelbagai menu dengan buah Strawberry, memang menjadi kewajipan kami untuk menikmatinya bila bercuti di Cameron Highlands. Di mana lagi kalau bukan di Kampung Taman Sedia

Starzy Corner Cafe

Menikmati Strawberry Waffle Ice Cream di Starzy Corner Cafe, Kampung Taman Sedia | Kampung Taman Sedia merupakan salah satu perkampungan Melayu di Cameron Highlands. Di sini terdapat banyak cafe dan gerai menjual buah strawberry buat pengunjung. Selain makan dan minum, ada juga ladang Strawberry di mana pengunjung boleh datang untuk memetik sendiri buah Strawberry.

Jom bergerak untuk makan strawberry



Papan Menu di Starzy Corner Cafe

Waktu ini Huwainaa nyenyak tidur

Kami di sini pada hari Jumaat dan boleh dikatakan jalan tidak terlalu sesak kalau hendak dibandingkan sebelum ini jika datang pada hari minggu. Terasa lapang sangat dan selesa bila ke sini. Kami membuat pesanan ringkas. Menu wajib Strawberry Waffle Ice Cream. Untuk pertama kali juga kami merasai Strawberry Split.

Strawberry Waffle Ice Cream

Strawberry Milkshake dan Strawberry Split

Dekorasi menu yang mereka sajikan memang snagat menarik. Sayang nak usik, tapi kalau tak usik tak makan la pulak. Nikmatnya makan Strawberry Waffle Ice Cream. Dapat makan kalau ke sini je. Strawberry Split pula ada 3 scope ais krim disusun keliling dengan whipping cream dan strawberry.


Sabar Thaqif, mama nak ambil gambar dulu

Huwainaa bangun tidur bila ada makanan

Aksi Huwainaa bergambar

Masing-masing sibuk melihat kipas berpusing

Abg Thaqif buat perangai tak nak keluar dari cafe

Korang kalau ke Cameron Highlands, jangan lupa singgah makan di sini sebab menu di sini memang disediakan oleh orang melayu. Menunya juga sedap dan menarik.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. kalau di Cameron memang layan habisla waffle cemtu kan. kena makan cepat2 gak kalo x nanti lembik.. puas hati makan kat sana =D

    ReplyDelete