Assalamualaikum. Bermula episod pengembaraan ke Cameron Highlands pula. Kami ke sana pada 1 Mac 2019 sempena menyambut hari lahir Thaqif yang ke-4 tahun. Kalau diikutkan setiap tahun kami ke Cameron Highlands tetapi terlepas untuk ke sana pada tahun lepas.
Pengalaman menginap di Smurf Inn Homestay, Tanah Rata, Cameron Highlands | Tahun ini kami pergi pada awal tahun. Ia juga percutian pertama Huwainaa ke Cameron Highland. Tahun 2017 kami ke sini waktu itu Huwainaa dalam perut lagi.
Penempahan hotel seperti biasa menggunakan khidmat Agoda yang memang tidak pernah mengecewakan. Kami memilih untuk menginap di Smurf Inn Homestay yang terletak di Tanah Rata dan hanya 2 km untuk ke Brinchang. Hotel comel ini menjadi pilihan Fiza sebab memang sesuai untuk anak-anak kecil seperti Thaqif dan Huwainaa.
Lobi Check in kat tanda anak panah merah
Hotel dan homestay disediakan di sini
Kaunter Check in dan out
Lobi di bahagian luar
Selesai Check in jam 2 petang, kami terus ke bilik dengan menaiki lif yang disediakan. Lif pula hanya bersebelahan dengan kaunter pendaftaran dan bilik kami juga dalam bangunan yang sama.
Executive Suites - 1 x super king bed
Kemudahan lain seperti TV, telefon, almari pakaian, pengering rambut, pemanas air semuanya disediakan
Bilik Air lengkap dengan pancuran air panas
Peralatan bilik mandi
Pemanas air dan pembancuh kopi
Kemain dorang nie, cukup seronok kalau dapat tinggal hotel
Bilik kami dengan pemandangan bukit dan padang golf
Dekorasi Smurf Inn Homestay berkonsepkan English Style. Memang cantik dan terasa seperti berada di luar negara. Setiap tingkat ada ruang tamu yang disediakan. Ruang tamu memang cantik sangat. Apa lagi memang bergambar sajalah di sini dulu sebelum keluar jalan-jalan.
Ruang tamu tingkat 4
Tengok siapa yang tak duduk diam tu sejak dapat kaki
Huwainaa pegang menu makanan, lapar la tu
Macam-macam aksi nak minta dorang nie bergambar, cukup punya susah
Mama tahan sabar tu, minta pandang depan, ada hampir 10 shot nak dapat yang elok
Tempahan kami juga beserta sarapan pagi yang bermula 7 pagi hingga 10.30 pagi. Pengunjung hanya perlu ke tingkat 2 untuk bersarapan pagi. Dekorasi kafeteria pun cantik sangat. Memang kalau sesiapa yang tidak pernah ke sini akan melihat sekeliling dahulu sebelum ambil makanan.
Kafeteria dengan hidangan sarapan pagi
Makan sebelum check out
Banyak lokasi menarik sekitar Smurf Inn Homestay untuk kita bergambar
Merry go round untuk kanak-kanak dengan harga RM 5 sekali main,
bayar terus boleh main
Depan pintu gerbang masuk Smurf Inn Homestay
Thaqif, bantal busuk tu pun masuk sekali ke? hahah
Tq Dedi bawa kami ke sini
Keseluruhannya kami amat berpuas hati menginap di sini. Harga untuk satu malam yang kami perlu bayar adalah RM 216.67 untuk katil super king bed berserta sarapan pagi. Lokasi penginapan juga amat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah lokasi antara Brinchang dan Tanah Rata. Dekat juga untuk ke pasar malam Tanah rata.
Untuk tempahan di Agoda, klik sini --> Smurf Inn Homestay.
Wassalam.
4 Comments
cantiknya tempat ni..:)
ReplyDeleteSeronoknya Thaqif dan Huwainaa pergi bercuti ye. Lengkap la di Smurf inn ni ye. Lain kali nak check in sini la
ReplyDeleteCantiklah kawasan dia.. Boleh singgah sini nanti..
ReplyDeleteni antara lokasi famous kan ? ramai gak upload dok sini. skrng kat Cameron ada macam2 option tempat tinggal comey2.
ReplyDelete