Assalamualaikum. Memandangkan Baiwago Plus Cafe telah menghadiahkan satu kek comel buat Fiza sekeluarga, ini entry khas buat Baiwago. Sebagai membalas jasalah katakan. Hari itu Fiza telah publish sambutan hari ibu di Baiwago Cafe di salah satu cawangan Baiwago yang terletak di Puchong.
Creamy Lion Cake dari Baiwago Plus Cafe Puchong | Semasa sambutan tersebut, mereka turut juga menghadiahkan sebuah kek yang mana diberi secara random. Kira ada macam-macam jenis kek mereka sediakan dalam kotak. Ambil sahaja sorang satu.
Balik rumah baru buka. Sekali tengok dapat kek muka singa. Alahai memang comel. Nama ke tersebut adalah Creamy Lion. Ia adalah Kek Vanilla dengan Peach Filling & Vanilla Pudding. Kami sekeluarga dah rasa keknya. Memang sedap, lembut dan krim dia rasa seperti ais krim.
Ada kek kita makan memang jemu, nak pulak tang krim kan. Tapi kek Baiwago krim dia memang sedap. Hiasan coklat yang diletakkan pun sedap. Semua boleh dimakan.
Terima kasih Baiwago Plus Cafe. Kalau dekat dengan rumah memang Fiza akan datang lepak selalu kat cafe ini. Tapi apa boleh buat, jauh sangat.
Bagi yang berminat nak datang ke Baiwago, mereka ada 3 cawangan iaitu di Puchong, SS2 dan juga Kuchai Lama.
Wassalam.
7 Comments
Kek tu comel sangat....lidah dia tu...lidah dia...
ReplyDeletemak ai comel giler kek dia. sayang pulak nak makan kalau dah comel macam tu.
ReplyDeleteBestnya...comelnya kek lion tu..Rasa syg pula nak makannya...
ReplyDeletedamn the cake looks so cute ! interior cafe tu pun nampak cntik sgt. i'd love to go there
ReplyDeletejauh2 pulak kedai kek tu..kalau dekat boleh la jengah utk minum petang kan
ReplyDeleteAlolo comelnya kek
ReplyDeleteComelnya..anak tengok terus menjerit..haha. Dia request nak hello kitty cake kat mak dia pulak lahai..
ReplyDelete