Find us on Facebook

Iftar 2019 | Menikmati Ramadhan Buffet bersama keluarga di Sunway Putra Hotel

Assalamualaikum. Awal bulan puasa kami sempat berbuka puasa di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.  Majlis berbuka puasa ini adalah jemputan bersama rakan-rakan tempat suami bekerja. Masing-masing membawa keluarga untuk berbuka puasa di sini. 


Iftar 2019 | Menikmati Ramadhan Buffet bersama keluarga di Sunway Putra Hotel | Sunway Putra Hotel terletak bersebelahan dengan Sunway Putra Mall. Sebelum waktu berbuka puasa, kami singgah sempat jalan-jalan di mall dahulu. Banyak lagi hotel hotel menarik sekitar KL & Selangor ni (Sumber - sukamakanjalan.hotel)





Setibanya kami di sini, kelihatan terlalu ramai pengunjung yang membawa keluarga masing-masing. Fiza terkesima pada mulanya kerana tidak tahu hendak mula dari mana kerana masing-masing telah sibuk penuhkan meja makan. Kami kemudiannya hanya duduk dan bertenang dahulu dengan anak-anak.








Rambang mata dibuatnya. Macam menu ada. Pilih sahaja nak makan apa. Makanan melayu, makanan barat, makanan jepun panggang-panggang. Kalau boleh nak makan semua, sebab semua nampak sedap dan menyelerakan. 

Kambing golek sedia untuk makan
 
Fiza pilih kambing golek sebagai menu utama. Nasi berlauk memang tolak tepi. Bukan apa, time nie lah nak makan kambing puas-puas sebab boleh ambil seberapa banyak yang kita nak. Fiza memang peminat kambing golek. Dua kali tambah makan kambing tau. 








Makanan berat kita dah tengok dan makan. Tiba untuk pencuci mulut pula. Ada pelbagai pencuci mulut disediakan. Puding, jeli, agar-agar, kek, ais krim, pulut, jeruk dan buah-buahan. Semuanya ada. Pilih sahaja nak makan apa.






Memang puas hati berbuka puasa di Sunway Putra Hotel. Kambing golek pun sedap. Menu-menu yang disediakan semuanya sedap-sedap. Hidangan yang disediakan chef memang lazat. Suami pun seronok sebab dapat gathering berbuka puasa bersama rakan-rakan dan juga keluarga mereka. Fiza pun sempat juga berkenalan dengan isteri-isteri rakan suami. Mereka semua baik dan ramah-ramah. Rajin juga melayan karenah anak Fiza yang tak reti duk diam.


Gambar sekadar hiasan

Bagi yang hendak berbuka puasa di Sunway Putra Hotel, masih ada masa lagi. Bawalah kelaurga ke sini dan makan puas-puas. Lepas makan boleh shopping di Sunway Putra Mall.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. ray pernah pergi sunway putra mall je. hotel dye kt sebelah je kan. ke ray silap ?

    ReplyDelete
  2. bab si kecik yang tergolek tu yang tak menahan tu...epik betul! ha ha ha...

    ReplyDelete