Find us on Facebook

Tebus Baucer PANDORA di PANDORA The Curve Mutiara Damansara

Assalamualaikum. Seminggu sebelum Raya, pertama kalinya menjejakkan kaki ke kedai barangan kemas PANDORA yang terletak di dalam The Curve Mutiara Damansara. Jejakkan kaki ke sini bukan saja-saja kalau tiada sebab kan.


Tebus Baucer PANDORA di PANDORA The Curve Mutiara Damansara | Kami ke sini untuk menebus Baucer PANDORA daripada OhBulan hasil daripada peraduan Nescafe Rose Latte yang bernilai RM 300. 


Seperti kedai barangan kemas, butik PANDORA juga kelihatan sangat mewah. Terasa janggal juga kerana pertama kali ke sini. Sebelum itu memang Fiza telah buat survey, apa yang Fiza hendak tebus. Pastinya cincin yang Fiza akan pilih.



Koleksi cincin

Koleksi Gelang dan Charmnya

Masuk sini memang rambang mata dibuatnya. Design cincin, gelang, charm, rantai semuanya cantik-cantik dan eksklusif. Benarlah orang cakap, mengumpul PANDORA adalah hobi orang kaya. Mujur ada baucer, kalau tidak memang tak merasa la hobi orang kaya nie.


Setelah memilih, Fiza berkenan dengan koleksi Summer 2019 iaitu Dream Away Collection. Fiza memilih cincin Exotic Stones and Stripes Ring.

Make a bold statement with this 18k gold-plated sterling silver ring, inspired by the graphic lines of triangles. The Pandora Shine design features an exotic pattern of carefully clustered stones and hand-painted enamel stripes in clematis blue. The stackable ring is finished with milgrain edges. Wear with other band rings or style alone as a stand-out statement to show it off to full effect.


Bak kata orang utagha, cantik bak hang. Cincin ada jalur-jalur biru dengan batu Cubic Zirconia.

Cubic zirconia is created in a lab yet it dazzles with a brilliant sparkle like a diamond. The name “cubic” refers to the crystal symmetry and “zirconia” is the chemical composition (zirconium oxide).

Daftar sebagai ahli, mana tahu teringin nak ada koleksi lagi


Harganya RM 479. Fiza hanya perlu membayar RM 179 untuk mendapatkan cincin Exotic Stones and Stripes Ring. Oleh kerana dah berkenan, maka ambil sajalah sebagai tambahan koleksi cincin yang ada.


Puas hati dengan pilihan dan layanan staff PANDORA. Terima kasih Oh Bulan, Nescafe dan PANDORA atas anjuran peraduan dan hadiah yang sangat best.

Alhamdulillah atas rezeki yang tidak disangka-sangka. Raya dapat melayam dengan cincin baru.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. wow!
    menarik ni, fiza. tahniah :)
    aida minat gak pandora.
    tapi lom pernah masuk gallery diorang.
    later later lah.
    mcm berkenan dgn cincin nyer tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan masuk.. tpt tu kalau masuk mmg akan terbeli.. cantik2 sgt..hehe

      Delete