Assalamualaikum. Ramadhan dan Syawal telah berlalu. Tapi tidak salah untuk upkan cerita berbuka puasa pada bulan Ramadhan yang lalu sebagai penghargaan buat Buffet Ramadhan Malaysia.
Berbuka puasa di BUFET RAMADAN 2019 CITARASA DUA SEMPADAN di LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM | Alhamdulillah apabila kami sekelaurga diundang oleh pihak Buffet Ramadhan Malaysia untuk berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam. Rezeki ini kami tidak tolak dan menerimanya dengan tangan terbuka.
|
Meja untuk kami sekeluarga |
Pelbagai juadah disediakan untuk pengunjung berbuka puasa pada hari itu. Kebetulan kami membuat tempahan pada hari Sabtu. Boleh dikatakan terlalu ramai orang yang datang berbuka puasa di sini. Meja kami pun berada di luar kerana dewan telah penuh. Tapi masih ada air cond dan kipas dipasang di luar.
|
Kambing bakar, sila beratur |
Banyak juga menu yang kami ambil dan Fiza memang buat pilihan untuk tidak mengambil nasi kerana hendak mencuba menu-menu lain yang ada di sini. Antaranya laksa, tom yam, kerabu meggi, kambing bakar dan macam-macam lagi.
|
Kueh tiow Tom yum |
|
Kebab ayam |
|
Laksa utara |
|
Pelbagai kerabu dalam pinggan |
|
Vietnamese Roll dan karipap |
|
Kambing bakar |
|
Air batu campur (abc) |
Menu yang disediakan sedap dan memang puas hati. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Buffet Ramadhan Malaysia atas undangan ini. Diharapkan ada lagi jemputan seperti ini pada tahun hadapan. In syaa Allah.
Wassalam.
0 Comments