Minggu lepas, Fiza bersama rakan media yang lain telah dijemput bagi menyaksikan majlis pelancaran yang sangat ditunggu-tunggu buat peminat dan pencinta buku. MPH Bookstores telah mengadakan kerjasama dengan Shopee dalam menyediakan saluran alternatif untuk rakyat Malaysia membeli buku secara dalam talian.
MPH Pens New Chapter with Shopee
Majlis pelancaran MPH Official Store di Shopee | Diadakan pada 24 Julai 2019, bertempat di MPH NU Sentral, Kuala Lumpur, MPH Online kini bekerjasama dengan Shopee Malaysia bagi membuka peluang untuk ibu bapa membeli buku untuk anak-anak mereka tanpa perlu keluar dari rumah.
MPH Online yang merupakan platform kedai buku dalam talian di negara ini telah bekerjasama dengan Shopee yang merupakan platform e-dagang nombor satu di Malaysia, dalam menyediakan saluran alternatif untuk rakyat Malaysia untuk membeli buku mereka.
Selain MPH Online, kini para pencinta buku boleh menuju ke Shopee untuk melayari dan memesan buku di platform MPH Official Store. Melalui perkongsian itu, Kedua-dua pihak berharap agar usahasama ini dapat menjangkau lebih banyak rakyat Malaysia untuk gemar membaca dan pada masa yang sama menyokong aspirasi negara untuk menjadi Reading Nation menjelang 2030.
[Dari Kanan] Ivy Tan, General Manager, Business Development, MPH Bookstores dan Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia pada Pelancaran MPH Bookstores Official Store |
Ivy Tan, General Manager, Business Development, MPH Bookstores memaklumkan dalam ucapannya bahawa “Shopee is quickly becoming a reputable household brand among online shoppers in Malaysia. By partnering Shopee, we would be able to leverage on their large database of around 20 million users nationwide. This not only enables us to tap into the mass Malaysian market but also allows us to offer books to new customers who may not have been MPH Online customers before.”
Ivy Tan, General Manager, Business Development, MPH Bookstores |
Beliau berharap melalui perkongsian ini, mereka dapat membuat akses untuk lebih banyak buku kepada masyarakat umum dan mereka akan memainkan peranan untuk menanamkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia agar negara dapat bergerak ke arah menjadi Negara Membaca. Tambah beliau lagi, ia dapat dicapai sekiranya masyarakat mudah untuk mencapai dan mengakses kepada pengetahuan dan maklumat di dalam buku.
Perkongsian ini juga merupakan sebahagian daripada Shopee’s Book Club, program ini adalah yang baru dilancarkan untuk penjual buku yang berada di platform e-dagang. Program ini memberikan pendedahan sepanjang tahun kepada rakan-rakan Shopee untuk menyemai cinta terhadap membaca di Malaysia.
Menurut Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia, “We are proud to be working with key booksellers and publishers in Malaysia including MPH to drive sales, but more importantly to play our part and contribute to building a stronger reading culture in the country. Reading allows one to see the many possibilities and different perspectives the world has to offer, and many great leaders can vouch for that. American author and educator Margaret Fuller once said ‘Today a reader, tomorrow a leader’. As Shopee scales its product offerings with everything to offer, we look forward to welcoming more brands and sellers on-board as we grow our book category to continue providing our users with more stories and reading material.”
Marianne Chuo, Marketing Lead, Shopee Malaysia |
Untuk itu, MPH Official store di Shopee akan mempunyai promosi eksklusif, diskaun dan peraduan yang akan dikendalikan oleh pihak Shopee khas untuk pengguna Shopee sekaligus melengkapkan MPH Online.
MPH juga berhasrat untuk memperluaskan tawarannya di platform bagi memastikan semua orang dapat menemui genre kegemaran mereka, penulis atau penyair untuk bacaan yang menyeronokkan. Terdapat juga rancangan bagi mengadakan pelancaran buku eksklusif baru dengan Shopee serta sesi meet-and-greet dengan penulis buku bersama peminat mereka.
Untuk meraikan pelancaran MPH Official Store, MPH akan memberikan baucar sehingga RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50, sah dari sekarang hingga 8 Ogos 2019.
Dari 1 Ogos hingga 31 Ogos, the top 3 spenders on MPH Bookstores Official Store akan membawa pulang RM100 worth of assorted books.
Pelancaran official store ini adalah sebahagian daripada Shopee Brands Festival yang akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 18 Ogos di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall akan mendapat tawaran dan promosi menarik.
Mereka akan dapat menikmati tawaran dari serendah RM1 sehari ke atas jenama kegemaran semasa berlangsungnya Shocking Sale dan boleh mendapatkan baucar 50% untuk Surprise Hour serta berpeluang mendapat hadiah apabila mereka membeli produk terpilih.
Pembelian dari Shopee Mall datang dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan ketulenan 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, lawati https://shopee.com.my/mphbookstores.os
Sesi bergambar bersama wakil MPH dan rakan media |
1 Comments
MPH salah satu tempat kesukaan kak ana :)
ReplyDelete