Find us on Facebook

Safi Micellar Natural Cleansing Water bukan sekadar mencuci solekan di wajah

Assalamualaikum. Lama jugak tak buat review produk kan. Kali ini Fiza nak buat review mengenai produk Safi yang digunakan untuk membersihkan solekan di wajah. Ia dirumuskan dengan bahan aktif semula jadi 100% yang selamat untuk kulit wajah.


Safi Micellar Natural Cleansing Water bukan sekadar mencuci solekan di wajah |  SAFI Micellar Natural Cleansing Water merupakan cecair jernih cair yang dapat membersihkan kotoran dengan berkesan tanpa membilas. Di samping itu, ia turut mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat secara semulajadi. 



Terdapat 3 jenis SAFI Micellar Natural Cleansing Water yang mana ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan dan fungsi tertentu:

✔️ CUCUMBER - Removes Make Up Cleanses Soothing ( Normal & Dedicate Skin) 

✔️ NEEM - Removes Make Up Controls Oil Fights Bacteria (Oily & Acne Skin)

✔️ ROSE - Removes Make Up Cleanses Tightens Pore (Normal & Combination Skin)

Safi Micellar Cleansing Water - Rose (200ml)

Safi Micellar Cleansing Water - Cucumber (200ml)

Safi Micellar Cleansing Water - Neem (200ml)

Cara Penggunaan

Titikan pad kapas dengan micellar water dan perlahan-lahan sapu pada wajah bagi membuang solekan di mata, muka dan bibir.

Jangan bimbang ia tidak pedihkan mata seperti bawang.




Safi Micellar Natural Cleansing WaterIa telah diuji secara dermatologi dan bebas daripada SLES / SLS, minyak mineral, colourant, alkohol, Paraben, Propylene Glycol, dan pasti Halal yang disahkan oleh JAKIM. Gabungan formulasi semula jadi tidak akan mengeringkan kulit apabila digunakan untuk menanggalkan solekan. 

Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai pelembab wajah. Dengan kata lain, kalau saja-saja nak lap wajah, boleh je sapu pada wajah sebagai pelembab, tambahan pula musim jerebu sekarang nie. 

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh lawati laman sesawang https://safi.com.my. 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments