Find us on Facebook

Clay body Wash keluaran Azyma Care membantu menghilangkan bau badan dan gatal kulit

Assalamualaikum. Penggunaan tanah liat dalam rawatan kecantikan bukanlah perkara baru sebenarnya. Tanah liat telah menjadi bahan utama untuk membuat alat-alat kosmetik seperti bedak asas muka, bedak, lipstick, mascara dan lain-lain di sesetengah negara. 

Tanah liat yang dimaksudkan adalah tanah liat istimewa, atau Koalin Clay yang mana ia sangat baik untuk memelihara kulit manusia. Malahan negara seperti Perancis dan Jepun juga jenama kosmetik dari French dan Jepun juga membeli tanah liat ini untuk produk kosmetik mereka.


Clay body Wash keluaran Azyma Care membantu menghilangkan bau badan dan gatal kulit | Pernah dengar atau tahu mengenai sabun tanah liat. Khasiat tanah liat kini boleh didapati dalam Azyma Care Claybody Wash yang mana ia adalah produk mandian yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah bau badan dan juga kegatalan kulit. 

Koalin Clay yang terdapat dalam Azyma Care adalah tanah liat yang hanya terdapat dari dasar dalam.tanah yang di lombong di Tapah, Negeri Perak dan hanya satu-satunya yang boleh didapati di dunia. 

Oleh sebab itu, ia menjadikan Azyma Care sebagai produk eksklusif. Di samping membantu menghilangkan bau badan, ia juga memberikan memberikan kelembapan kepada kulit bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering. 



Selain daripada Koalin Clay yang bermutu tinggi, terdapat juga bahan bahan utama lain seperti extract Aloe Vera, Chamomile, cucumber dan lavender oil yang mana ianya adalah natural dan khusus untuk penjagaan kulit. 

Khasiat dan kebaikan tanah liat kaolin (kaolin clay) pada kulit: 

  • Ia membantu merawat dan memulihkan masalah kulit 
  • Kandungan mineral, kalsium, oksigen dan zinc oxide yang tinggi dalam tanah liat ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit 
  • Ia dapat menyerap lebihan minyak di muka dan badan 
  • Sangat sesuai kepada seseorang itu yang mempunyai masalah kulit muka yang berminyak sekaligus dapat mengecutkan jerawat di muka dan badan. 
  • Membantu memudarkan parut – parut ruam dan luka 
  • Khasiat (zinc oxide), kalsium dan garam yang terkandung di dalam tanah liat kaolin ini dapat membantu merawat masalah (sunburn) 
  • Membantu membuang sel – sel kulit mati 
  • Membantu mencerahkan serta melembapkan kulit 



Azyma clay body wash juga tidak mengandungi sebarang bahan-bahan kimia berbahaya. Ianya bebas paraben, bebas diethanolamin, bebas pewarna tiruan dan beba lyral. 

Paling penting ianya disahkan halal Jakim, dan didaftarkan dengan KKM (NPRA) badan kawal selia kosmetik di bawah Kementerian Kesihatan. Azyma Care Clay body wash boleh digunakan oleh semua jenis kulit, walaupun kulit super sensitif. Ianya lembut pada kulit dan PHnya juga adalah neutral.

Testimoni Fiza sendiri 

Pertamanya Azyma care Claybody Wash memang selamat untuk digunakan seisi keluarga dan untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas. Jadinya Fiza tidak bimbang untuk berikan gel mandian ini untuk Thaqif guna. 

Baunya wangi kerana ia mengandungi botanical extract dan tiada langsung bau tanah liat. 

Satu pam sahaja cukup untuk satu mandian kerana gel ini memerlukan air yang banyak. Bukankah itu jimat? 

Rutin harian terkena cahaya matahari dan kemudiannya berada dalam pejabat berhawa dingin membuatkan kulit Fiza kering, penggunaan Azyma care Claybody Wash setiap kali mandi membantu memperbaiki kulit kering yang Fiza alami. 

Tiada langsung kesan melekit dan berminyak seperti sesetengah gel mandian yang Fiza pernah gunakan. Terasa segar dan bersih selepas mandi.

Sedikit info mengenai SLS dan SLE 

Ramai pengguna yang masih keliru dengan penggunaan bahan SLES/ SLS yang terdapat dalam semua skincare produk spt shower gel, shampoo, facial wash dan sebagainya. 

*Apa itu SLES/ SLS? 

▶ Sodium laureth sulfate = SLES dan Sodium lauryl sulfate = SLS 
SLS dan SLES adalah berbeza walaupun kedua2nya berfungsi sebagai bahan surfactent atau bahan yg dimasukkan sebagai ejen pemekat, penstabil dan bahan awet utk ketahanan sesuatu produk tersebut. Semua produk ini akan ada SLES atau SLS ini untuk tujuan yg disebutkan tadi. 

▶ SLES lebih lembut, tidak pedihkan mata, less impact pada kulit dan tidak disenaraikan sebagai bahan larangan. Harganya lebih mahal dari SLS. Kesemua produk termasuk produk bayi ada campuran SLE ini. Termasuklah produk Azyma Care Clay Body Wash. 

▶ SLS pula biasanya akan dimasukkan dalam kebanyakan produk skincare tadi. Ianya lebih kuat kesan, lebih banyak buih dan harganya lebih murah. Boleh juga digunakan, tetapi dalam kuantiti yang betul. Harganya lebih murah. Azyma Care produk tidak ada bahan ini. 

▶ Untuk rujukan, pengguna boleh rujuk produk mandian bayi sekali pun akan ada SLES ini tapi bukan SLS. 

▶ Produk Azyma Care Clay Body Wash berdaftar dengan NPRA, 

▶ Produk Azyma Care di kilangkan oleh pengilang yang mempunyai taraf GMP dan ISO 9001 dan U.S Food And Drug Administration yang ketat . Pengilang ini juga mengeluarkan produk-produk terkenal lain seperti Pureen dan Carrie serta produk-produk eksport ke luar negara. 


Azyma Care clay body wash dikilangkan oleh Kilang yg mempunyai international certs dan diiktiraf oleh pengeluar produk personal care antarabangsa. Ada GMP, pengiktirafan Halal Jakim ada ISO (MS Cert Malaysia), dan mendapat U.S. Food and Drug Adminnistration (US FDA).

Mereka juga adalah syarikat 100% bumiputra Islam. Mempunyai Ahli Penasihat Syariah yang memantau perjalanan dan produk syarikat kami berlandaskan syarak dan halal. Syarikat didaftarkan dengan SSM sebagai Azyma Group Sdn Bhd (1260884-K).

Produk Azyma Care adalah yang terbaik dengan mengutamakan kualiti dan kesucian. Azyma Care, Gel mandian tanah liat premium untuk anda sekeluarga. 

Harga RM68/pax (300ml) 
Harga Promosi RM100/ 2 pax (sehingga stok masih ada) 

Maklumat lanjut hubungi 
+6019 776 0647/ +603 6732 0647 

atau layari 

atau wasap terus 

Wassalam.

Post a Comment

11 Comments

  1. Menarik nie Fiza.. lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  2. suka sangat dengan warna botol tu. menarik perhatian ^_^

    ReplyDelete
  3. Produk untuk kulit gatal, mmg kena pilih Betul2. Kalau tak, kulit gatal boleh jadi worst. Nampak bgus sabun ni,

    ReplyDelete
  4. Pertama kali nad nampak produk tanah liat dlm body wash.. Selalu dalam kosmetik je.. Nad dh pakai.. Mmg. Best.. Segar badn.. Takde bebrau langsung.. Wnagi lavender sedap

    ReplyDelete
  5. Menarik baca kebaikkannya..harga pun ok juga tu.. Boleh beli la next time

    ReplyDelete
  6. Ibu preggy boleh guna jugakkan? Saya tengah alami gatal gatal pada tangan dan belakang badan. Boleh cuba lah clay body wash ni

    ReplyDelete
  7. ramai.betul pakai mandian ni.. mesti bagus ni..

    ReplyDelete
  8. TB berkenan pulak tengok botol dia kaler oren tu.. bau wangi ye?

    ReplyDelete
  9. Produk yang menarik.. Boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  10. Memang bagus sabun ni.. hilang bau badan dan ruam gatal

    ReplyDelete