Assalamualaikum. Selalunya kalau gambar anak-anak kita ambil, lepas itu transfer masuk hardisk. Maka kekallah ia dalam hardisk itu. Kalau rajin, boleh juga print buat photobook. Tapi kalau photobook pun kita akan simpan elok-elok takut anak buat main. Kali ini Fiza ambil pendekatan lain pula. Print gambar anak di bantal.
DIY Throw Pillow dengan wajah anak dari Printcious.com | Printcious adalah laman web e-dagang yang membolehkan kita untuk design sendiri hadiah mengikut citarasa kita. Kalau tak nak bagi hadiah kat orang pun, kita boleh buat untuk diri sendiri.
Macam yang Fiza buat nie, gambar anak Fiza DIY dan abadikan di Lovely Floral Frame Throw Pillow. Platform Printcious.com sangat user friendly. Korang tak perlu nak tunggu pandai design baru nak buat. Design semula mereka sudah sediakan. Cuma bergantung pada kita untuk letakkan gambar atau apa sahaja yang kita kehendakkan.
Lovely Floral Frame - Side 1 |
Lovely Floral Frame - Side 2 |
Untuk Lovely Floral Frame Throw Pillow, satu bantal mempunyai 2-sisi percetakan. Maka korang boleh letak dua gambar anak dalam satu bantal. Fiza membuat pembelian untuk 2 bantal. Satu untuk Thaqif dan satu untuk Huwainaa.
Ciri-ciri lain yang terdapat di Lovely Floral Frame Throw Pillow adalah:
Kaedah Percetakan: Sublimation
Cover Material: Polyester
Saiz: 40cm x 40cm / 16 "x 16"
Dimensi: Kawasan dicetak penuh
Berat: Sekitar 400g
Gambar Thaqif |
Gambar Huwainaa |
Boleh tatap muka anak masa baby. Sekarang masing-masing umur hampir 2 dan 4 tahun. Thaqif sampai tak mengaku yang gambar itu gambar dia sebab dia kata itu muka baby bukan muka dia.
Hasil cetakan memang cantik dan terbaik. Memang gambar pun nampak real dan jelas. Puas hati dengan perkhidmatan yang mereka sediakan. Masa penghantaran pun tidak lama. Selain daripada Throw Pillow, korang boleh dapatkan pelbagai lagi pilihan cenderahati di sini. Ada t-shirt, mug, phone case, frame gambar dan pelbagai lagi barangan yang boleh korang DIY sendiri sama ada untuk koleksi peribadi ataupun sebagai hadiah.
Berminat? Layari https://www.printcious.com/.
Wassalam.
2 Comments
wah dah mudah sangat kan sekarang. kita boleh buat sendiri dan pilih gambar yg kita nak ^_^
ReplyDeleteCantiknya.. Mudah dan menarik..
ReplyDelete