Assalamualaikum. Lama rasanya tak menulis dan jenguk blog. Masa memang sangat-sangat tidak mengizinkan dan terlalu banyak kerja yang hendak dibuat. Untuk update blog ringkas, Fiza nak kongsikan kegemaran makan salad yang makin menjadi-jadi apabila terjumpa dengan Mr. Hellmann’s.
Makan salad tanpa rasa bosan dengan Hellmann’s Roasted Sesame Salad Dressing | Bukan jumpa orang yer, tetapi nama salad dressing iaitu Hellmann’s Roasted Sesame Salad Dressing. Terima kasih Try and Review kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada Fiza untuk review satu lagi produk makanan dan sememangnya Fiza antara selah seorang penggemar salad.
Selalunya kalau makan salad Fiza lebih gemarkan salad dressing Thousand Island, tak kisahlah jenama apa janji sedap. Tapi bila rasa Hellmann’s Roasted Sesame Salad Dressing buat pertama kali, memang sedap betul.
Dibuat dengan bahan-bahan semulajadi. Rasa Hellmann’s Roasted Sesame memang sedap dan ada masam-masam sikit. Di samping berkhasiat, nak sediakan pun senang. Hanya Open, Pour, Mix! Siap salad korang.
Kalau selama ini salad korang macam bosan je, apa kata cuba Hellmann’s Roasted Sesame pulak. Pasti korang akan suka akan rasanya. Jom alami rasa hebat Hellmann dengan pilihan rasa seperti Sesame Roasted, Smoky Thousand Island dan Smoky Caesar. Boleh didapati di pasaraya utama, pasaraya hypermarket, dan juga dalam perkongsian laman e-dagang seperti Shopee Malaysia.
1 Comments
waalaikumussalam. nak try lah yg ni. sebelum ni dok beli kewpie ja ^_^
ReplyDelete