Assalamualaikum. Setiap tahun destinasi pilihan percutian kami sekeluarga adalah Cameron Highlands. Dengan udara yang segar serta hasil tani yang segar, dapat petik strawberry, makan ais krim lavender menjadikan Cameron Highlands destinasi percutian yang tidak pernah membosankan.
Kalau nak cari penginapan memang senang di Cameron Highlands. Tetapi kalau nak cari penginapan mesra OKU dan warga emas macam mana pula? Nie review Darul Makmur Chalet. Memang sesuai kalau nak bawa mak abah, tok dan nenek juga.
Darul Makmur Chalet ini dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ini.
Terdapat 14 buah penginapan jenis bilik (bilik standard / bilik keluarga / bilik bersambung) dan 2 buah penginapan jenis homestays (Homestay Lily / Homestay Lavender) yang mudah di akses tanpa perlu naik tangga dan lengkap dengan kemudahan asas termasuk mesin bash baju.
Bagi penginapan jenis homestay tu boleh muat sampai 8 orang dewasa dengan selesa. Kemudahan wifi percuma turut disediakan. Kalau nak buat BBQ pun boleh sebab ada tempat memanggang disediakan.
Reviu Tetamu :
“Sarapan yang disediakan bersesuaian dengan keperluan pelbagai penginap. Saya suka mencadangkan penginapan ini kepada ahli keluarga dan teman-teman saya. Kawasan chalet yang mesra warga emas dan warga OKU amat saya sukai. Tidak perlu mendaki tangga bagai. Ia sangat menyenangkan.”
Alamat :
45, Kampung Taman Sedia,
Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang.
Harga :
Dari RM120 semalam
Booking online:
Rata-rata pengunjung yang menginap di Darul Makmur Chalet berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan. Lagipun homestay ini terletak di lokasi yang sangat strategik dan ianya milik melayu muslim.
Apa kata jika korang bercadang untuk ke Cameron Highlands, masukkan Darul Makmur Chalet dalam list penginapan korang yer.
Wassalam.
0 Comments