Assalamualaikum. Baru berkesempatan hendak cerita pengalaman kami sekeluarga bersama famili mertua pergi bercuti ke Kuala Terengganu. Ini bukanlah kunjungan kali pertama kami di Kuala Terengganu, cuma kali ini sangat berbeza dan mungkin tidak pernah dibuat orang.
Pengalaman menginap di Hotel OYO ADA Hotel & Apartment | Penyelamat kami di Kuala Terengganu | Kalau cuti panjang, kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Tanah Merah Kelantan. Bila sudah berkumpul dengan ahli keluarga mulalah macam-macam aktiviti nak buat, berjalan, berkelah, bbq, mandi laut dan macam-macam lagi. Niat asal hanya nak mandi laut di Pantai Tok Bali.
Sewaktu berkelah, suami dan adik beradik lain buat keputusan untuk ke Kuala Terengganu. Balik hari kononnya. Kami di Pantai Tok Bali pun waktu itu sudah jam 4 petang. Bertolak terus kami sekeluarga bersama keluarga mertua ke Kuala Terengganu sehelai sepinggang.
Cabaran untuk Fiza sebagai kakak ipar selaku pengurus dalam membuat tempahan hotel dan penginapan. Cuti Tahun baru cina memang semua hotel dan homestay penuh. Sampai di Kuala Terengganu jam 8 malam, hotel pun memang tak dapat. Online sana sini, call semua penuh.
Tetapi nak dijadikan rezeki, selepas beberapa kali online di Website Agoda, Fiza dapat menempah hotel di tengah-tengah bandar KT di Hotel OYO ADA Hotel & Apartment. Kebetulan ada pengunjung yang membatalkan tempahan saat akhir. Memang patut sujud syukur waktu itu. Kalau ikutkan dah berapa kali Fiza tengok kekosongan sampaikan kami tekad untuk tidur di masjid sahaja.
Kaunter dan lobi
Room Tariff
Rezeki memang tak salah tempat. Sampai jam 9 malam, Fiza teruskan untuk mendapatkan 1 bilik Executive Suite yang mana lengkap dengan ruang tamu, dapur, 2 bilik tidur dan 2 tandas. Rezeki betul waktu itu. Muatlah untuk kami semua 7 dewasa, 4 kanak-kanak. Lebih kurang homestay juga.
Jenis Bilik yang semuanya telah ditempah
2 x double bed
2 x Bilik air
Toiletries
2 x almari pakaian
Dapur lengkap dengan periuk nasi, heater, pinggan dan mangkuk
Meja makan
Ruang Tamu yang luas
Ruang tamu
Tempat letak kasut dan kemudahan seterika
Air cond dan siaran TV
Pengering rambut
Televisyen
Peti sejuk
Sehelai sepinggang, itu masalah lain pula. Mujur juga hotel ini berada di tengah-tengah lot kedai yang dikelilingi dengan pelbagai kedai dan kemudahan seperti Watsons, kedai makanan segera, kedai bundle, kedai baju RM 10, farmasi, kedai kelengkapan bayi dan boleh dikatakan semuanya ada. Fiza lega bila dapat beli semua keperluan yang hendak digunakan seperti berus gigi dan ubat gigi. Siap shopping barang Make up di Watsons dan beli baju serta seluar tidur.
Huwainaa pula dapat botol susu baru, susu dan lampin pakai buang semuanya kami beli. Mesti korang dah faham kan situasi sehelai sepinggan kami. Semuanya perlu dibeli baru. Selesai semua masalah kami malam itu juga. Penatnya memang lain macam. Berkejar waktu sebab semua kedai tutup jam 10 malam.
Syukur kami masih diberikan penginapan yang selesa di Kuala Terengganu walaupun saat-saat akhir. Terima kasih Hotel OYO ADA Hotel & Apartment penyelamat kami di Kuala Terengganu. Kemudahan lengkap dan kami puas hati.
Booking kat sini --> Hotel OYO ADA Hotel & Apartment
Nanti cerita percutian singkat kami bermula di Kuala Terengganu.
Wassalam.
4 Comments
ooo hotel ni kat dataran austin..
ReplyDeletekat situ mmg sume ada.. nk cari brng mmg senang.. dekat je ngn umh sy ni.. hihi..
dtg sehelai sepinggan mmg mencabar tu.. haha.. nsb baik dpt bilik hotel..
meriah bilik hotel mcm homestay sume ada.. =)
nampak selesa hotel ni..
ReplyDeleteHotel OYO memang murah. Tanah Merah dah ada flyover. Marilah try naik flyover.
ReplyDeletewaalaikumussalam. kecik comey je bilik tu tapi nampak menarik ^_^
ReplyDelete