Find us on Facebook

32 Gambar Suasana Ibu Kota Kuala Lumpur Lengang

Assalamualaikum. Salam 7 Ramadhan 1441. Hari ini merupakan hari ke-2 PKP Fasa 4 bagi seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah melalui 3 Fasa sebelum ini yang mana Fasa 1 bermula pada 18 MAC - 31 MAC 2020, Fasa 2 bermula 01 APR - 14 APR 2020, Fasa 3 bermula 15 APR - 28 APR 2020, dan sudah masuk Fasa 4 bermula 29 APR - 12 MEI 2020. 



32 Gambar Suasana Ibu Kota Kuala Lumpur Lengang | Ibu kota Kuala Lumpur antara ibu kota yang terkesan akibat Covid-19. Sebelum ini jalan raya, pusat membeli belah, kedai-kedai kelihatan sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Kini semuanya berubah. Sunyi dan sepi.









-Copy paste FB-
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh Malaysia

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya. 

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what's app. 

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lps hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn kahwin online. 

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,  dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍 Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍 Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍 Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍 Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 

📍 Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍 Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus (Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020.

Simpan di sini sebagai memori. 

Pastinya semua rakyat Malaysia dan penduduk dunia sentiasa berdoa semoga wabak Covid-19 ini terhapus sepenuhnya dan tidak lagi kembali menghantui penduduk dunia. 

Di Bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita berdoa agar pandemik Covid-19 ini berakhir segera. In syaa Allah. Amin.

Waasalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. seronoknya tengok jalan2 di KL sunyi sepi. Kalau nak baring atas jln pun boleh, agaknya?

    ReplyDelete
  2. bezanya kl, sunyi betul..semoga covid-19 ni cepat berakhir..

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat tu je, rasa macam nak bawa kereta lepas tu "drift" kat atas jalan tu, ala-ala Kl Evolusi drift!

    ReplyDelete
  4. Wah, betul-betul sunyi sepi Kuala Lumpur!

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete