Assalamualaikum. Tengok gambar-gambar pergi bercuti di Terengganu, rasa alangkah seronoknya dapat pergi lagi. Rindu nak makan sedap-sedap di tempat orang, berjalan-jalan, tenangkan fikiran. Hari-hari kita doa semoga wabak Covid-19 nie terhapus semuanya di Malaysia malah hilang di dunia.
Bersiar-siar melihat Jambatan Angkat Kuala Terengganu | Beberapa bulan lepas sewaktu Raya cina, kami sekeluarga sempat berjalan-jalan ke Kuala Terengganu. Destinasi percutian wajib kami setiap tahun. Lagipun kalau balik Kelantan singgah Terengganu pun tak jauh mana. Kali ini kami berkesempatan untuk lalu di Jambatan Angkat Terengganu ataupun nama inggerisnya Kuala Terengganu Drawbridge.
Hasil pembacaan di Wikipedia, Jambatan itu dibuka untuk percubaan pada 2 hingga 17 Jun 2019 yang lalu semasa musim perayaan Aidilfitri. Selepas itu mereka tutup semula untuk tempoh improvement works dan ia dibuka sepenuhnya untuk kenderaan bermotor dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.
Reka bentuknya diilhamkan oleh London Tower Bridge di London. Jambatan angkat yang mempunyai satu laluan kenderaan 23 meter lebar yang menjangkau 638 meter terletak di muara Sungai Terengganu.
Begitulah serba sedikit info mengenai Jambatan Angkat Kuala Terengganu ini. Jambatan ini merupakan salah satu kebanggaan rakyat Terengganu dan tarikan pelancong selain banyak lagi tarikan yang ada di sini.
Berharap kenangan ini dapat diulang lagi. Rindu nak jejakkan kaki ke sana lagi. Jadi buat masa sekarang, duduk di rumah, sama-sama kita hapuskan rangkaian covid 19.
Wassalam.
2 Comments
tahniah anda terpilih sebagai pemenang nanti bagi detail ye
ReplyDeletehttp://www.mamapipie.com/2020/04/pengumuman-pemenang-giveaway-mac-2020-3.html
Nice place to visit
ReplyDeleteBut now #staysafe #stayathome