Find us on Facebook

Pengalaman anak jalani pembedahan buang 5 batang gigi secara bius penuh

Assalamualaikum. Bila dah jadi mak bapak ini, macam-macam dugaan yang kita akan tempuh, tambah pula bila melibatkan anak. Fiza mengaku yang Fiza pernah lalai dalam menjaga Thaqif terutamanya bab gigi. Pengalaman yang Fiza akan ceritakan ini menjadi pengajaran buat seumur hidup Fiza. Mungkin anak akan lupa tetapi tidak sebagai mama Fiza.

Fiza juga baru diberi kekuatan untuk menulis dan menceritakan kisah anak sulung yang telah selamat menjalani pembedahan buang 5 batang gigi sekali gus. Mesti ramai tertanya-tanya kan kenapa sampai 5 batang terus. Tak sakit ke? Baiklah, kisahnya bermula begini.


Anak tidak lena tidur malam

Setiap malam waktu tidur Thaqif kerap meronta, dan habis mama dengan dedi ditendangnya. Kami pun pelik kenapalah Thaqif tidur macam tu. Setiap malam begitu, tapi dia jenis yang tak suka bercakap pasal sakit. Yang Fiza tahu gigi dia memang dah habis rosak. Sebabnya minum botol susu satu hal, gosok gigi pun jarang sebab dia memang tak nak. Lepas itu dia kerap minta ais krim mungkin sebab nak legakan sakit gigi yang dihadapi.

Bukan Fiza tak bawa Thaqif periksa gigi. Tapi dia memang jenis yang tak nak buka mulut bila disuruh, tak nak bagi kerjasama sampaikan gigi dia memang dah tak dapat diselamatkan lagi.  

Baca lagi : Pemeriksaan gigi di Pusat Pergigian UiTM Sg. Buloh

Hospital UiTM Private Specialist Centre di mana Thaqif mendapatkan rawatan


Keputusan nekad untuk dapatkan rawatan gigi Thaqif

Setelah beberapa temu janji, tiba 28 Feb 2020, Fiza mendapat panggilan daripada Hospital untuk Thaqif melaksanakan pembedahan buang gigi secara bius penuh. Sebenarnya Fiza pun tak tahu lagi prosedur untuk bius penuh nie macam mana. Jadinya, hari tersebut Fiza bawalah Thaqif dan Huwainaa ke Pusat Pergigian UiTM Sg. Buloh.

Mujur kali ini memang Thaqif bagi kerjasama penuh untuk doktor gigi periksa gigi dia. Memang doktor pun terkejut bila tengok gigi Thaqif. Kalau ikutkan semua gigi dia dilabelkan rosak dan memang sakit gigi yang dia alami sangat-sangat teruk. 

Untuk pengesahan berapa batang gigi yang akan dicabut, Thaqif dibawa untuk x-ray gigi. Pertama kali Fiza tengok mesin x-ray gigi ini. Dari luar Fiza perhatikan Thaqif betul-betul beri kerjasama. Memang tak sangka anak mama dah dewasa walaupun lagi 1 hari nak masuk umur 5 tahun.


Unit x-ray Uitm Sg. Buloh


Beginilah gigi di x-ray


Bila keputusan x-ray diterima, doktor pun maklumkan bahawa 10 batang gigi Thaqif terpaksa dicabut. Terkedu Fiza dengar dan rasa tak percaya. Dalam otak mula nak menolak rawatan. Bukan apa, semuanya rasa kesian. 

Fiza tak duk diam, Fiza google tengok pengalaman sebegini, Fiza tanya pendapat keluarga, rakan-rakan malah suami Fiza sendiri pun tak bersetuju. Waktu itu memang Fiza dalam dilema, Fiza kesian kan Thaqif pada masa yang sama Fiza nak Thaqif sihat, tak nak dia sakit gigi, sampaikan gigi reput, tak kan nak dibiar.


Keputusan paling sukar dalam hidup

Sebagai seorang ibu, walaupun berat hendak buat keputusan, selepas fikir masak-masak, Fiza bersetuju untuk Thaqif jalani pembedahan tersebut kerana appointment ini telah dibuat setahun yang lalu. Ini peluang untuk selesaikan masalah gigi Thaqif.

Jadinya doktor meletakkan 2 Mac 2020 untuk Thaqif hadir menjalani operation tersebut. Surat pun dah keluar, mama terpaksa buat keputusan untuk Thaqif walaupun Thaqif tidak tahu apa yang akan jadi terhadapnya.

Gigi depannya habis reput


Surat rawatan bius penuh

Surgical plan yang akan dilaksanakan atas Thaqif


Lapor diri di Uitm Private Specialist Hospital, Sg. Buloh

Seawal 7 pagi, kami dah kena ada di Kaunter Pendaftaran Jabatan Kecemasan untuk serahan dokumen dan juga kemasukan ke wad. Serius waktu ini Fiza yang berdebar-debar dan macam-macam bermain di fikiran. 1 Mac sambut birthday dia yang ke-5 tahun, 2 Mac Thaqif terpaksa mencabut 10 batang gigi dengan bius penuh.

Thaqif macam tak tahu atau buat2 tak tahu
 

Mama bagitahu lepas ini gigi depan Thaqif dah tiada


Payment declaration form


Kad temujanji rasmi


Prosedur masuk wad

Macam biasa, Thaqif perlu timbang berat, cek tekanan darah. Ini adalah pengalaman pertama Thaqif, sebab jarang kanak-kanak umur dia yang jalani perkara begini melainkan ada sakit. Mama tahu Thaqif kuat. Thaqif pun beri kerjasama penuh. Dia macam memahami apa yang berlaku cuma apa yang Fiza takut dia tak dapat terima giginya tiada nanti. 

Cek tekanan darah


Katil no.17


Selesai semua prosedur masuk wad, dah disahkan sihat, Thaqif pun diberi katil no.17. Ramai penjaga pesakit yang datang tanya anak sakit apa. Dorang pun ramai yang simpati kerana kecil-kecil dah nak masuk bilik bedah. Bila  mereka dengar 10 batang gigi, seolah-olah tidak percaya dan merasakan kesakitan tersebut. Itu yang buat Fiza makin lemah kaki dan lutut. Rasa macam nak tarik diri pun ada.


Thaqif still happy


Macam nampak berfikir


Mama doakan yang terbaik buat anak bujang mama nie


Pukul 7.50 pagi siap sedia ke bilik bedah

Untuk bagi Thaqif relax, bagi dia pegang henpon. Jadinya dia akan duduk diam. Nurse tolak Thaqif ke bilik bedah dan Fiza sempat berjumpa dengan doktor yang akan melaksanakan tugas tersebut.



Fiza juga diperkenalkan kepada semua kakitangan yang akan membantu doktor melancarkan proses pembedahan. Bersembang dengan pakar bius, beliau bagi nasihat supaya jangan risau dan doakan yang baik untuk anak. Bukan apa, perkara bius memang tidak boleh buat main. Lagipun dia budak, macam-macam yang bermain di fikiran Fiza. Tapi betul apa yang pakar bius dan doktor cakap, dorang akan usaha yang terbaik.


Fiza juga buat rundingan terakhir dengan doktor, seboleh-bolehnya jangan buang 10 batang gigi yang ada. Dia pun beri jaminan bawa 10 batang gigi hanya dilihat teruk pada x-ray, keadaan sebenar akan ditentukan semasa proses pembedahan nanti.

Thaqif masuk OT tepat jam 8 pagi. Fiza juga sempat masuk dan terlihat lampu bedah besar, bilik bedah pun yang sangat  sejuk, itu yang buatkan hati Fiza bertambah debar. Kemudian, doktor cuba legakan Fiza dengan menunjukkan saiz crown yang akan diletakkan pada gigi Thaqif. Dengan kaedah itu, banyak gigi dapat diselamatkan daripada dicabut.

Semasa proses bius, melelah air mata sebak Fiza bila lihat Thaqif ditidurkan dengan serta merta. Cepat-cepat Fiza bisikkan pada telinga Thaqif untuk bangun bila selesai pembedahan. Harapnya Thaqif dengar kata-kata mama.


Menunggu dengan penuh sabar

Doktor bagitahu proses pembedahan memakan masa lebih kurang 2 jam. Jadinya, pesanan dia suruh doakan yang terbaik sepanjang waktu tersebut. Balik wad, Fiza pun makan dulu makanan hospital yang disediakan. Yelah takkan nak dibiarkan. Perut lapar sebab tak sarapan lagi. Risau-risau juga, tak makan nanti kita pula yang pening.


Lepas sejam tunggu turun bawah pergi cafe, cari apa yang boleh dimakan untuk hilangkan resah. Terjumpa dimsum, beli jelah buat makan kat wad sambil menunggu. 



Pembedahan selesai jam 1030 pagi

Bila jam sudah 10 pagi, rasa makin risau sebab doktor kata 2 jam je. Bila dapat panggilan nurse kata operation dah berjaya alhamdulillah, dia bagitahu Thaqif pun dah sedar dan cari mama. Lega rasanya. Hanya 5 batang gigi sahaja yang betul-betul tidak dapat diselamatkan. Yang lain doktor bagi pakai crown.

Memang rasa nak berlari terus ke OT, tapi Fiza tenang, yang penting semuanya dah selesai.


Demam panas tiba-tiba

Cuma yang tidak sedap dengar bila Fiza dah tengok Thaqif, doktor bagitahu tiba-tiba suhu dia nak mendadak dan demam. Kalau ikutkan keadaan begini tidak elok sebab awalnya dia sihat. Denyut jantung dia pun sangat laju dan dia pun nampak tak selesa dan terseksa.

Keadaan di icu, baru lepas pembedahan


Thaqif terima oksigen


Keadaan makin stabil


Ya Allah waktu ini rasa macam mama berdosa sangat pada Thaqif sebab Thaqif terpaksa jalani perkara macam nie. Mama tiada niat hendak buat Thaqif sakit. Paling sedih bila dia buka mata, dia terus menjerit bangun seolah-olah trauma. Fiza peluk Thaqif kuat-kuat, bagitahu dia, mama sentiasa ada dengan Thaqif. Cepat baik demam, kalau boleh tak nak bermalam di hospital.


Dipindahkan ke wad

Bila masuk wad, doktor suruh pantau suhu sebab ia bahaya. Memang Fiza tahu mesti dia demam sebab sakit gigi kena cabut. Jadi tanggungjawab Fiza untuk sejukkan badan Thaqif, jangan bagi suhu dia naik. Kalau dia demam maknanya kami perlu bermalam di hospital.





Kesan ubat bius buatkan Thaqif tidur sampai ke petang. Fiza kejutkan dia untuk beri minum air masak dan ubat. Kalau dia muntah bermakna kesihatannya masih tidak stabil. Lagi satu memang kesian tengok darah yang keluar dari mulut thaqif. Jadi banyak sebab bercampur dengan air liur. Nurse terpaksa gunakan alat sedut air liur. Paling risau pasal demam sebab suhunya masih tinggi.

Bangun dalam keadaan mamai


Inilah waktu rehat Thaqif yang paling lama. Sebelum ini memamng dia nie jenis susah nak tidur. Itu belum derita sakit gigi yang dia alami. Doktor pun bagitahu biarkan ia rehat. Biar dia bangun ikut sendiri. 

Waktu itu juga mak Fiza pun sampai dari kampung. Boleh tolong jengukkan Thaqif yang terpaksa bercuti sakit selama seminggu.

Nurse datang untuk mencabut grip di tangan

Thaqif masih tidur tidak sedar

5 batang gigi rosak ada dalam ini


Dengar je suara nenek Thaqif terus sedar. Seperti ada keajaiban di situ. Memang patut mama minta tolong nenek datang jaga Thaqif. Nenek sumber kekuatan Thaqif. Suhu badan Thaqif juga kembali kepada normal, jadinya Thaqif tak demam dan doktor benarkan kami untuk pulang. Boleh Thaqif  berehat di rumah.

Nenek datang jaga Thaqif nanti



Selesai proses mendapat kebenaran keluar wad dan dapatkan ubat,  kami pun pulang jam  6 petang. Waktu itu hujan lebat. Terasa syahdu dan bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Walaupun ini pengalaman pahit buat Thaqif tapi mama bersyukur kerana Thaqif tidak perlu menderita sakit gigi lagi.

Pengajaran buat Fiza yang tidak mengambil tahu pasal gigi anak. Betapa pentingnya anak memberus gigi. Jangan ikut kehendak anak yang enggan gosok gigi. Paksa anak, biar dia menangis waktu itu sebelum menangis di kemudian hari.

Entry pun dah panjang, nanti Fiza akan kongsikan keadaan gigi Thaqif selepas pembedahan ini. Bentuk crown yang dipakai dan banyak lagi. Ingat, jangan malas gosok gigi anak. Terima kasih kerana membaca.

Wassalam.

Post a Comment

10 Comments

  1. Betul..kalau Marsha jadi Fiza pun Marsha dalam dilema. Alhamdulillah Thaqif dah sihat

    ReplyDelete
  2. Besar dah Thaqif. Kesian kena buang sampai 5 gigi sekali. Sakit tu, no wonder demam. Semoga nanti gigi baru tumbuh dia akan jaga baik2. Take care ye both of u

    ReplyDelete
  3. Allah.. Kesianya.. Bab kalau anak demma memg risau. Takpe utk kebaikan thaqif juga.. Semoga kuat thaqif

    ReplyDelete
  4. serus saya yang baca ni pun ikut syahdu, meleleh air mata kalau bab2 anak ni.. kuatnya boy! speedy recovery ya!

    ReplyDelete
  5. Thaqif good boy. Semoga cepat sihat.

    ReplyDelete
  6. Good boy Thaqif! moga cepat sembuh dan cergas semula. TQ fiza sharing this. Jadi pengajaran sebab ada anak 2 org tu nak kena jaga gigi dorang. Jemput join my segment. Dah nak tamat! :)http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  7. anak kak pip pun last year buang 11 batang gigi
    memang x boleh nak selamatkan semua gigi dia.
    hope lepas ni rajin lah anak2 jaga gigi kan....

    ReplyDelete
  8. Allahu,,kuatnya awak fiza. Sisyat xde pengalaman mcm ni lagi, tapi gigi ank yang no 2 pun rosak juga..

    ReplyDelete
  9. Boleh saya tahu berapa Kos kat hospital uitm Sg Buloh ni ye Puan?

    ReplyDelete