Assalamualaikum. Bila duduk rumah, mula la nak makan je memanjang. Kalau setakat makan nasi je memang bosan tahap power rangers. Teringin nak makan tteokbokki pedas-pedas macam kat restoran korea. Jadinya buka apps Shopee jela cari la pula makanan korea yang segera.
Chu Luv Topokki Spicy Carbonara segera dan halal | Ada kisah sebenarnya pasal Topokki Spicy Carbonara ini. Kalau nak tahu Topokki Spicy Carbonara sebenarnya tak pedas langsung. Ingatkan toppoki yang macam makan kat restoran itu. Silapnya pergi beli yang carbonara. Al maklumlah tak pernah beli.
Nak masak pun senang guna microwave je
Kek beras pedas dalam ini slim sedikit
Packaging dia pun okay, cara gini
Masukkan semua bahan, masukkan air dan panaskan selama 3 minit
Siap untuk dimakan, warna dia pun dah tahu tak pedas kan.
Oleh kerana misi untuk dapatkan kek beras yang pedas tak berjaya jadinya, Fiza akan dapatkan lagi jenama ini. Ianya halal, sedap serta senang untuk disediakan. Anak Fiza pun tumpang makan sekali sebab dia suka rasa kenyal-kenyal kek beras.
Wassalam.
4 Comments
Wah tak pernah beli.. boleh try cari.. tapi kek beras memang sesuai cari yang pedas hihiih
ReplyDeleteTak oernah rasa.. Nak try juga.. Kalau dpt pedas bagitau ye link
ReplyDeleteNampak sedap, tapi kita tak tahan pedas. Hehe
ReplyDeleteBoleh dicari ni. Senang nak disediakan...
ReplyDelete