Assalamualaikum. Alhamdulillah sampai ke hari ini tak putus-putus lagi ucapan Selamat Hari Lahir dikirimkan melalui pm tepi. Kita bukan artis tetapi kalau kita baik dengan orang, orang tak akan lupakan kita.
Durian Crepe Musang King Cake, kek hari jadi dan bunga dari Flower Chimps | Sambutan hari jadi tahun ini macam biasa, sambut di rumah sebab 11 Disember memang setiap tahun cuti kat Selangor nie. Mana tak nya sama dengan Hari Keputeraan Sultan Selangor. Jadinya kita cuti satu Selangor.
Tahun ini Fiza ada kek hari jadi dan bunga dari Flower Chimps. Kek yang dah lama sangat Fiza teringin nak makan iaitu Durian Crepe Musang King Cake. Flower bouquetnya pun wangi dan sampai sekarang bunganya mekar dan cantik lagi walaupun sudah 4 hari berlalu.
Ada kek durian, brownies dan pavlova
Pink Moment Bouquet
Durian Crepe Musang King Cake
Jambangan bunga terdiri daripada Yellow Lilies, Shocking Pink Roses dan Light Pink Carnation Spray
Mama dapat ciuman hari jadi, ini hadiah paling bermakna
Untuk bagi meriah, Fiza juga oder brownies dan pavlova dari Oven dan Loyang. Memang teringin nak makan pavlova dan brownies pula memang kegemaran Thaqif. Jadinya, memang tak salah nak makan segala kek, lagi pun hari jadi kan.
Brownies Choco Chip
Nutella Pavlova with fruit
Suap dedi dulu..
Hari jadi mestilah ada hadiah. Tahun ini pihak Shopee hadiahkan Fiza baucer RM300. Kebetulan pula dengan hari jadi. Fiza pun redeem dua barang yang Fiza teringin nak dapatkan. Alhamdulillah hadiah tiba sehari sebelum hari jadi. Maka ia adalah macam hadiah untuk Fiza jugaklah kan.
Suami Fiza pula hadiahkan Carlo Rino Tote Bag. Memang jenama beg yang Fiza selalu gunakan. Suami pun macam faham-faham je kita nak apa. Kalau nk tengok koleksi beg Carlo Rino yang Fiza ada, boleh baca hadiah ulangtahun perkahwinan.
Bacaan berkaitan : Tebus baucer Lazada, Beg Carlo Rino , Idaman hati Carlo Rino Wallet
Carlo Rino Tote Bag hadiah dari suami
Akhir kata, terima kasih buat semua yang memberikan ucapan hari jadi, doa-doa yang dikirimkan semuanya Fiza aminkan. Semuanya amat bermakna buat Fiza.
Wassalam.
0 Comments