Find us on Facebook

Avon Instagram Contest | Menang produk AVON True Color Makeup

Assalamualaikum. Nak share kegembiraan di sini bila awal tahun 2021 Fiza telah memenangi AVON Instagram Contest yang dianjurkan oleh Home Tester Club Malaysia. Tak sia-sia usaha pakai lipstick warna merah. Fiza memang suka lipstick merah dan jadi kegemaran Fiza untuk pakai warna lipstick terang setiap kali ke pejabat.



Avon Instagram Contest | Menang produk AVON True Color Makeup | Pengumuman pada bulan November, memang lama juga tunggu hadiah sampai. Rezeki tak salah alamat kan. Awal tahun masa datang pejabat, tengok ada parcel, sahlah hadiah sudah sampai.


Instagram contest



Inilah hadiah yang Fiza dapat hasil dari AVON Instagram Contest. Gembira betul sebab kebetulan dah lama tak beli barang make up nie. Kalau beli pun selalunya lipstik je. Jadi hadiah yang Fiza dapat terdiri daripada :
  1. Avon True Color Luminous Blush
  2. Avon True Color Perfectly Matte Lipstick
  3. TC 5IN1 LASH GENIUS MASC - BLACKEST BLACK
  4. Avon True Color Glimmersticks Brow Definer

Anggaran produk bernilai RM100


Terima kasih HTCMY dan Avon


Avon True Color Perfectly Matte Lipstick


Avon True Color Luminous Blush


Jenama Avon memang dah lama kat Malaysia nie sejak zaman Tok Fiza lagi. Paling ingat bedak dia, kalau balik kampung mesti tok akan bagi bedak Avon. Sekarang produk Avon boleh dibeli secara online, tak macam dulu nak cari dalam katalog, study katalog avon memang best. 

Terima kasih Home Tester Club Malaysia dan Avon Malaysia kerana tempatkan Fiza sebagai salah seorang daripada 20 orang pemenang. Kalau nak tahu lebih lagi mengenai Avon, nak cuci mata, boleh pergi kat website https://www.avon.com/.

Wassalam.  

Post a Comment

1 Comments