Assalamualaikum. Cek jurubank? Apa cek jurubank tu? Macam mana rupanya. Kalau cek biasa tu selalu la tengok. Tengok tu bukan sebab ada cek sendiri tapi bila tengok bos tandatangan cek syarikat untuk bayar pada client.
Apa itu Cek Jurubank KWSP?
Contoh Cek Jurubank KWSP
Cek jurubank KWSP merupakan satu kaedah bayaran kepada penerima yang akan digunakan sekiranya kaedah pengkreditan terus ke akaun penerima/pemohon gagal dikreditkan atas sebab tertentu. Antara adalah penerima/pemohon gagal memberi maklumat akaun bank dengan betul, akaun penerima / pemohon tidak aktif, penerima/pemohon memberi maklumat bank pihak ketiga seperti suami, ahli keluarga atau kawan.
Bagaimana cek jurubank dihantar?
Ia dihantar menggunakan pos berdaftar dalam tempoh 2 minggu. Kalau kita tak terima dalam masa 2 minggu tersebut dengan kata lain, posmen dah hantar tetapi kita tiada di rumah, maka surat berdaftar tersebut akan dikembalikan ke KWSP. Jadinya kan dah susah. Memang perlu alert sangat-sangat.
Contoh Surat berdaftar
Bagaimana untuk tunaikan Cek Jurubank KWSP
Senang sahaja, hanya isikan butiran akaun. Bank mana tak kisah janji akaun kita ada di bank tersebut. Bila dah isi, nak pergi kaunter pun boleh, nak masukkan cek jurubank di mesin deposit pun boleh. Janji ada akaun kita.
Disertakan dengan surat cara bayaran dibuat
Belakang cek isikan butiran akaun bank yang ingin wang dimasukkan
Sekarang urusan selesai, hanya tunggu dalam 3 hari bekerja untuk wang dimasukkan dalam akaun kita. Senang kan. Itu sahaja harap entry ini membantu korang.
Wassalam.
10 Comments
Senanglah ada cara lain kadang orang tua mana ada akaun nak transfer.
ReplyDeleteBaru tahu ada cek jurubank. Tq fiza atas perkongsian
ReplyDeleteAda jugak kenyataan jelas dan terperinci berkenaan cek berdaftar nie. TQ
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian menarik ini....
ReplyDeletehttps://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html
Mudah saja kan 🤗
ReplyDeleteNk kena g mesin cheque bank yg di isi contoh maybank atau mesin cheque rhb?
ReplyDeleteHi sis.. Cek RHB, tapi boleh masuk kt mesin cek MAYBANK ke?? Harap sngt sis reply.. Tq
ReplyDeletebank mana pun tak kisah
DeleteMacam mana kalau terlebih masa lebih dari tempoh 3bulan cek diterima ?
ReplyDeleteTerima kasih. Perkongsian yang baik.
ReplyDelete